Find This Blog

My Pages

Rabu, 6 Oktober 2010

Hikmah al-Isyraqi

Siri Kajian Tulen Tamadun Islam
Nafas Baru
Hikmah Al-Isyraqi (kebijaksanaan pencerahan): Dari Estetika Menuju Fizika
Mohd Zaidi Abdullah
Kurnia Ilham & Sekretariat Pemikiran Islam
2004

Suka saya nak kongsi satu judul buku yang sedang saya baca ketika ini. Sangat kagum saya dengan 'buah ilmu dan budi' karya Mohd Zaidi Abdullah ini. Ia didahului dengan kata restu dari guru-guru yang hebat seperti Tuan Guru Hj. Abdullah (Mudir Pondok Lubok Tapah), Prof. Datuk Dr. Osman Bakar (Univ. Georgetown, Washington D.C.) dan Dr. Shahidan Radiman (Ket. Program Sains Nuklear, UKM).

Buku ini ternyata dapat membetulkan semula tanggapan umat Islam di Malaysia betapa pentingnya setiap cabang ilmu Islam; Falsafah Islam meskipun bersumberkan tunjuk ajar dari institusi pendidikan seperti di pondok-pondok. Ternyata masih ramai tok-tok guru yang mengajar di pondok-pondok mempunyai cakupan ilmu yang lebih luas, lebih mendalam dan lebih 'dekat' dengan warisan-warisan ilmu dan kitab-kitab aula'...

Sebetulnya saya juga mempunyai kefahaman baru, dengan latar belakang pendidikan saya yang tidak berkesempatan dididik di institusi pondok, ternyata saya juga selama ini menganggap pengajian Islam di universiti sahaja yang sahih dan bersifat ilmiah. Walhal, pengajian ilmu-ilmu Islam di pondok juga bersifat telus, sahih dan penuntut-penuntutnya 'menyelam' hingga ke dasar ilmu tersebut. Cuma mungkin penyampaian yang berbeza dengan sistem yang berbeza, memperlihatkan hanya pengajian di universiti sahaja diiktiraf, malah sijil itu sahaja yang laku untuk memohon pekerjaan. Warisan pemikiran yang merangkumi aspek teori dan amal yang bersumberkan unsur dalaman ini harus dikekalkan.

Sejujurnya, penilaian falsafah, sains dan teknologi pengetahuan serta maklumat dlm buku yang telah ditulis oleh Mohd Zaidi Abdullah ini bersifat kritis. Tulisan sebegini wajar dimanfaatkan oleh setiap dari kita yang mengaku cintakan ilmu-ilmu Islam.

Apapun, selamat membaca buat semua kawan-kawan. Alfu Mabruk buat Mohd Zaidi Abdullah. Barakallahu fik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...