Find This Blog

My Pages

Selasa, 26 April 2011

KLIBF 2011 is here !

Ahad lepas, aku dan MOH membawa Aiman (ni adik bongsu aku yang jaraknya 19 tahun dengan aku) ke KL International Book Fair di PWTC, seperti tahun-tahun sebelumnya. Kitorang naik LRT dari stesen Bandar Tun Razak dan turun di stesen PWTC. Sbb baru kali pertama pergi utk tahun ini, aku  prefer pusing-pusing ala-ala buat lawatan tapak je dulu untuk aim booth-booth yg patut singgah.

Seperti kebiasaan, Karangkraf akan book satu hall di tingkat 1. Memang meriah sbb ramai kaki novel dan majalah akan berlonggok di sini. Entah kenapa aku tak berapa menjadi hantu novel - syukur sebenarnya kalau tak habis semua novel baru aku nak beli atau pinjam. Tiada hasil rembatan di booth Karangkraf. Naik ke Dewan Tun Razak, over meriah dgn pelbagai penerbit buku.

Seperti kebiasaan, aku suka menyendeng kat booth Saba Islamic Media. Dapat lah merembat CD "We're Brothers, We're Sisters" nyanyian Genius Aulad Talent bersama abang-abang Raihan. Nak belikan anak bestfren aku, Aisya Elyasara. Aiman pun berjaya mengepow aku dekat RM100 untuk buku-buku termasuk buku sekolah dia.

Kemudian kitorang ke booth MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia) atau lebih kurang maksudnya penerbit-penerbit buku ilmiah kegunaan IPTA di Malaysia. Haa booth ni memang favourite bapak dosen, student dan penyelidik macam aku cewah. Semenjak jadi malas nak menyiapkan disertasi, aku makin kurang follow buku-buku baru dalam bidang aku sebab tu kena rajin ke book fair supaya dapat minta free katalog buku dari penerbit hahaha bijak tak aku. So kalau penyelia aku tanya samada aku ada tak baca buku sekian sekian makanya aku boleh jawab ya sekaligus menunjukkan betapa aware nya aku hahaha astaghfirullah niat aku dah lari.

Ok dah nak balik. Esok aku kena ke Zon 3 dan 5 utk bg taklimat kewangan. Haaaa ambik kau entah celah mana aku belajar kewangan tiba-tiba kena bagi taklimat pula. Padahal alergik aku dengan nombor-nombor ni haha. Ye lah dah job scope aku bab-bab pengurusan pentadbiran ni. Faedah untuk aku jugak sebab sempat berguru dengan bos-bos PTD kat jabatan. 

Dan hari ini, hari kembali semula ke pejabat ! Caiyok !

TQ for reading :)

Jumaat, 22 April 2011

Medicines recommended by imam al-Ghazzaliyy

Aku suka baca artikel ni. Pasal ilmu perubatan boleh fefeeling macam Dr medic

We are describing below the medicines of anger after one gets angry. This medicine is a mixture of knowledge and action.

7a. The medicine based on knowledge is of six kinds:

(1) The first medicine of knowledge is to think over the rewards of appeasing anger, that have come from the verses of the Quran and the sayings of the Prophet . Your hope for getting rewards of appeasing anger will restrain you from taking revenge.

(2) The second kind of medicine based on knowledge is to fear the punishment of God and to think that the punishment of God upon me is greater than my punishment upon him. If I take revenge upon this man for anger, God will take revenge upon me on the Judgement Day.

(3) The third kind of medicine of anger based on knowledge is to take precaution about punishment of enemity and revenge on himself. You feel joy in having your enemy in your presence in his sorrows, You yourself are not free from that danger. You will fear that your enemy might take revenge against you in this world and in the next.

(4) Another kind of medicine based on knowledge is to think about the ugly face of the angry man, which is just like that of the ferocious beast. He who appeases anger looks like a sober and learned man.

(5) The fifth kind of medicine based on knowledge is to think that the devil will advise by saying: " You will be weak if you do not get angry!" Do not listen to him!

(6) The sixth reason is to think: " What reason have I got to get angry? What Allah wishes has occured!"


7b. The medicine based on action is of three kinds:

(m1) When you get angry, say: I seek refuge in God from the accursed evil (a`ûdhû billâhi min ash-shaytân ir rajîm). The Prophet ordered us to say thus. When Ayesha (ra) got angry, he dragged her by the nose and said: "O dear Ayesha, say: O God, you are the Lord of my prophet Muhammad, forgive my sins and remove the anger from my heart and save me from misguidance."

(m2) If anger does not go away by this means, you will sit down if you are standing, lie down if you are sitting, and come near to earth, as you have been created of earth. Thus make yourself calm like the earth. The cause of wrath is heat and its opposite is to lie down on the ground and to make the body calm and cool. The Prophet said: "Anger is a burning coal. Don't you see your eyebrows wide and eyes reddish? So when one of you feels angry, let him sit down if standing, and lie down if sitting".

(m3) If still anger does not stop, make ablution with cold water or take a bath, as fire cannot be extinguished without water. The Prophet said : "When one of you gets angry, let him make ablution with water as anger arises out of fire." In another narration, he said: "Anger comes from the devil and the devil is made of fire."



Selasa, 12 April 2011

Tuesdays with Morrie

Tuesdays with Morrie
Penulis: Mitch Albom
Penerbit: PTS Litera Utama
Harga: RM 16.50

Pagi tadi selesai sudah bacaan sebuah novel yang dibelek sejak Sabtu 9 April lalu. Tuesdays with Morrie merupakan sebuah novel terjemahan hasil karya Mitch Albom. Edisi asal dalam Bahasa Inggeris pernah diterbitkan oleh Doubleday - Bantam Doubleday Publishing Group, Inc. 1540 Broadway, New York 10036.

Novel ini mengisahkan pengalaman peribadi Mitch Albom yang mempelajari sesuatu dari pertemuan demi pertemuan pada hari Selasa dengan bekas pensyarahnya sewaktu di Universiti Brandeis, Massachusetss. Prof Dr Morrie Schwartz yang mengidap penyakit ALS (seperti yang dialami oleh Stephen King; pengasas teori Big Bang) merupakan seorang yang sangat bermotivasi tinggi dan banyak mempengaruhi pemikiran Mitch Albom. Setiap pengajaran yang disampaikan oleh Prof Morrie dalam cerita kehidupannya sangat menyentuh jiwa dan kasih sayang sesama manusia sangat beliau tekankan.

Kisah hidup Prof Morrie sangat relatif dan menarik untuk dikongsikan di mana ia signifikan dalam membentuk pola pemikirannya, meskipun beliau dididik sebagai seorang Yahudi. Penekanan terhadap hubungan baik sesama manusia telah ditunjukkan oleh Prof Morrie dalam semua cerita-ceritanya kepada Mitch Albom.

Kesakitan yang dialami oleh Prof Morrie tidak dirungut malah ia menjadikannya sebagai seorang yang tabah, malahan semakin terkenal sejak beliau diwawancara oleh sebuah stesen televisyen tempatan. Namun sebagai seorang murid kepada Prof Morrie, Mitch Albom adalah antara orang yang paling rapat dan dekat dengan beliau kerana Prof Morrie menghargai beliau seperti anaknya sendiri. Akhirnya kematian Prof Morrie disedari oleh Mitch Albom - kebetulan jatuh pada hari selasa juga.

Aku bagi empat belas setengah juta bintang kepada buku ini.

TQ for reading :)

Isnin, 11 April 2011

Our 1st Year

9th April 2011.

Tarikh itu memang patut aku ingat. Selain dari tarikh memperingati ulang tahun perjuangan kemerdekaan Palestin (9 April 1948 - kini), ia juga salah satu tarikh terpenting. Sudah setahun aku menjadi isteri kepada MOH. Alhamdulillah, kami masih lagi mengharapkan anak sebagai penyubur kasih sayang dalam perkahwinan ini.

Walaupun pada awal perkahwinan, aku rasa complicated nak adapt suasana baru dan ahli family baru, paling susah untuk hafal macam hafal sifir tu semua nama sepupu dan saudara-mara sebelah MOH, tetapi Alhamdulillah masa mengajar erti bersabar dalam perhubungan sesama manusia. Aku tidak hairan jika masih ada yang kurang menyenangi sbb aku memang tak akan sempurna di mata manusia cewah feeling sastera pulak.

Dan pada hari ini, aku harus berterima kasih kepada ramai orang yang sentiasa hadir di belakang aku (bukan hantu jangan pandang belakang), iaitu mama, abah, mak, abah, kedua-dua ahli keluarga aku & MOH serta kawan-kawan yang memahami. Mama antara orang yang paling banyak menyokong sbb mama aku selalu dengar aku bebel, jerit, meracau, menangis, meroyan gelak dsbnya.

Dan untuk insan paling istimewa di hati saya ketika ini eh apasal macam akan ada orang lain haha, MOH tetap di hatiku.

Semoga kebaikan yang diberi oleh orang lain kepada aku, akan menjadi pahala bagi mereka dan semoga aku dapat share bersama orang lain.

Bought by MOH on 9th April 2011



TQ for reading :)

Rabu, 6 April 2011

Cards Wonder Colours

Kad ni aku buat sebab nak spare utk apa-apa wedding yang aku tak perlu lagi beli kad semata-mata nak tulis Happy Wedding Day, Congratulations bagai haih. Aku buat sendiri sbb aku suka jimat. Wuwuwuwu

Blue Card with Red Ribbon: Kod Item: R1
Flowery Card + Small Bear: Kod Item: F1
Red Card with Roses: Kod Item: RS1

Cards Part 2: The White Series

Kad-kad terbaru - The White Series ! Ini hasil tangan terbaru saya. Sudah disiapkan sejak dua minggu lepas, sewaktu keboringan melanda di hujung minggu. Nak main dgn budak-budak, belum ada baby lagi kan :)

Good Beary: Kod Item: B1 

 Cuppies for Birthday: Kod Item: C1


Dresses for Her Birthday or Wedding Day: Kod Item: W1


Girl Dresses for Newborn: Kod Item: NB 1
Red Flower for any occasion: Kod Item: F1

Semua kad bersaiz A4 yang telah dilipat dua (menjadi saiz A6). Sila lah komen ye. Terima kasih kerana singgah di blog saya. Andai ada kawan-kawan yang berminat, boleh sms saya kemudian. Wassalam :)

Selasa, 5 April 2011

Adik..

Adik Saiful Syazani, 7 tahun. Adik pergi berjumpa Ilahi tatkala umur masih mentah. Umur yang disuruh oleh Rasulullah untuk mula mengerjakan solat. Tersentak kakak apabila mendengar dan membaca berita semalam dan kelmarin.. Akhirnya adik pergi jua.. Kakak menangis dalam hati ni.. Kakak teringat adik bongsu kakak, Aiman namanya. Bagaimanalah dia jika dia berada di tempat adik..ya Allah..

Tanggapan awal kakak: "Tergamak guru adik membelasah, memukul dan menendang sehingga adik koma? Siapa guru bermasalah itu? Adakah dia tidak berperikemanusiaan? Adakah dia tidak pernah mempunyai adik atau anak atau saudara lelaki sebaya adik? Adakah dia yang adik panggil ustaz itu sangat bencikan adik? Astaghfirullah.. Adik.. betapa sakitnya adik ketika dipukul.. Adik menjerit-jerit tetapi ustaz terus memukul adik bertubi-tubi..hanya kerana tuduhan mencuri yang masih belum dibuktikan benar.." Ini adlh berita yang kakak dengar dari media massa negara. Tapi kakak juga ingin mengetahui apa kisah sebenar di sebalik kematian adik. Mungkin kakak kurang yakin dengan etika dan integriti golongan bergelar wartawan di media-media perdana. Justeru, kakak cari maklumat alternatif sehinggalah kakak terbaca kisah sebenar kematian adik di http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

Adik Saiful, semoga tenang roh adik di sana. Adik dilahirkan dalam keadaan fitrah suci dan bersih..begitu jua ketika adik dipanggil mengadapNya.. Semoga Allah memberi kesabaran kepada ibu dan keluarga angkat adik. Semoga pihak pengurusan Sekolah Islam al-Furqan dapat berbuat sesuatu, supaya tiada adik yang lain menjadi seperti adik Saiful. Apapun, anak-anak adalah generasi akan datang. Didiklah mereka sepertimana yang disaran Rasulullah s.a.w. Dengan penuh kasih sayang, bil hikmah. Bukan dengan tangan atau kebencian.

Isnin, 4 April 2011

Think & Act

Yaumul Jum'ah, 1st April 2011, Putrajaya

Hari ini adalah hari terakhir dalam minggu ini. Juga hari terakhir saya dapat mendengar Dato' KP berucap. Ucapan terakhir yang sangat mendalam dan menyentuh hati. Dato' akan bersara wajib pada 23 April ini. Sedih. Saya antara salah seorang anak buah yang mengagumi Dato' kerana kepetahan bercakap, ketertiban tindak tanduk dan cermatnya beliau dalam membuat keputusan.

Dato' membangkitkan semangat ukhuwwah semua warga J---- dan agensi di bawahnya. Semangat ukhuwwah = asabiyyah yang membawa maksud kecemerlangan. Bukan asabiyyah yang bermaksud berpuak-puak. Banyak buah fikiran yang Dato' kongsi bersama kami selama ini. Saya suka hadir ke mesyuarat atau pertemuan yang dipengerusikan oleh Dato'. Banyak perkara baru yang saya belajar daripadanya, terutama sekali sewaktu memerhatikan Dato' begitu tertib dalam kata-kata atau keputusan yang diambil. Teringat saya akan kata-kata Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki sewaktu menceritakan fadhail Imam Ahmad ibn Hanbal >> Jumlah murid Imam Ahmad tidak kurang dari 5,000 orang yang hadir dalam satu-satu majlis ilmu. 500 orang yang hadir akan mencatat ilmu yang dicurahkannya. Manakala 4,500 orang lagi mengkaji ahwal Imam Ahmad. Mereka memerhati cara Imam Ahmad duduk, bercakap, batuk, berdiri, makan dsbnya << Ini juga ilmu, bukan?

Antara isu yang Dato' mahu kami terus perjuangkan ialah:
  1. Gaji Pegawai yang bertugas di Badan Berkanun eg. Majlis-majlis Daerah, PBT dibayar oleh Kerajaan. Mengapa Pegawai yang berkhidmat di Majlis Agama Islam Negeri etc Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dibayar oleh Agihan Wang Zakat? (di bawah label asnaf atau kategori tertentu). Apakah Majlis Agama Islam Negeri tidak diiktiraf setanding dengan agensi Badan Berkanun yang lain?
  2. Bayaran bil-bil utiliti di agensi di bawah Kementerian atau Jabatan lain eg. Sekolah Kebangsaan, Tadika Kemas, Dewan Orang Ramai ditanggung oleh Kerajaan. Mengapa bil-bil utiliti di Masjid-masjid, surau-surau dan sekolah-sekolah agama di bawah J---- ditanggung oleh pungutan wang awam atau duit rakyat?
Lontaran idea ini memang menarik. Saya menyokong sepenuhnya. Tiba masa untuk mengenengahkannya semula. Mungkin ramai yang menganggap isu pengurusan hal ehwal Islam ini remeh atau semuanya harus fisabilillah. Jika Malaysia benar-benar negara Islam yang majoritinya ialah Melayu-Islam, sama-samalah menyokong usaha warga J---- merealisasikan perjuangan Islam. Apa caranya? Biarlah walau ia perlu melalui beratus-ratus kali mesyuarat pun.

:: Think and Act ::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...