Find This Blog

My Pages

Isnin, 28 Mac 2011

From Sabah With Love

Selesai sudah tugasan di Kota Kinabalu, Sabah. Syukur kerana suami sangat menyokong dan banyak membantu saya ketika di sana. Calon yang ditemuduga di Sabah insyaAllah akan dilantik (kami ni panel yang baik. hehehe....). Kepada yang berjaya, selamat menjalankan tugas sebagai penjawat awam yang berdedikasi kelak !

Dan esok, tugasan kedua di pejabat SPA, Putrajaya pula. Calon-calon untuk hari esok lebih ramai dari calon di Sabah. Maka saya perlu bersedia dengan soalan-soalan ikhtisas yang pelbagai ! Uhhh.. Sabo je la.

Nanti saya akan upload gambar-gambar ketika berada di KK. Paling saya suka, kenangan menaiki motor sewa bersama suami. Teringat pula sewaktu masih belum berkahwin, membonceng motor di belakang Abah. Seronok membonceng di belakang Abah kerana sedap dipeluk (perut abah memang 'jauh' ke depan). Dan sekarang sudah ada 'perut Abah' kedua dalam hidup saya (kepada Encik suami, jangan marah ya).

Saya dan En Suami di Kota Kinabalu. Di belakang kami, kelihatan Pulau Gaya
 Dan hari ini juga saya mendapat inspirasi baru untuk menulis dari Kak Majidah atau lebih mesra dipanggil Kak Jid. Terima kasih banyak Kak Jid :)

Sabtu, 19 Mac 2011

Eidul Adha 1431 Hijriah di Cambodia

Ini merupakan misi Jabatan - tempat saya bertugas, pada Eidul Adha yang lalu. Sepatutnya entri ini ditulis oleh saya pada tahun lepas tetapi kesibukan menghalang niat itu (sebenarnya malas. hehe..).

Pengembaraan kali ini sangat memberi nafas baru dalam pencarian makna hidup. Kami tiba di Cambodia @ Kemboja @ Kampuchea pada hari raya kedua. Setibanya di Phnom Penh International Airport, kami dibawa terus ke persisiran Sungai Mekong untuk menikmati makan malam di atas Mekong Cruise. Perjalanan udara selama 1 jam 45 minit tidak memenatkan meskipun telinga saya masih berdengung ! Selesai dinner, kami check-in di Golden Stadium Hotel. Saya ditempatkan sebilik dengan Diyana.

Day 2 - Kami bangun jam 4.30 pagi, terus bersiap-siap untuk ke perkampungan Melayu Champa yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu (dialek mereka seperti orang Pattani). Kampung Chroy Metrey terletak di persisiran Sungai Mekong maka pekerjaan kebanyakan lelaki di sini ialah nelayan atau peraih hasil tangkapan laut. Di kampung ini, kami beramah mesra dengan penduduk kampung serta menjalankan aktiviti korban 3 ekor lembu. Di sini juga saya dan ahli rombongan wanita sempat singgah menumpang solat jamak Zuhur + Asar di rumah Madam Azizah, seorang wanita Kemboja yang pernah tinggal di Malaysia suatu ketika dahulu untuk berniaga. Beliau juga sempat menceritakan detik-detik beliau bersama dua orang adik beradiknya yang dilarikan oleh ayah saudara beliau ke Malaysia kerana ingin lari dari kekejaman rejim Pol Pot.

Di kampung kedua iaitu Kampung Sain Chaiy, rombongan kami juga melaksanakan ibadah korban 4 ekor lembu. Suasana di kampung ini membuatkan hati saya dan ahli rombongan merasa sebak. Sekolah yang mereka dirikan sebelum ini baru sahaja terbakar. Kami melihat anak-anak kampung di situ belajar di atas tanah tanpa bumbung walaupun hanya dengan kain kanvas.

Day 3 - Selesai bersarapan, kami dibawa melawat ke Museum Tol Tom Tpoung atau lebih dikenali sebagai Pol Pot dan disebut juga sebagai Muzium Tengkorak. Asal bangunan ini merupakan sebuah sekolah Kerajaan yang diubahsuai menjadi penjara. Kesan kekejaman rejim tersebut masih jelas terpampang di penjara ini. Seriusnya saya merasa seram sejuk berada di sini. Gambar-gambar sebenar yang ditunjukkan di setiap bekas sel tahanan sangat menyayat hati. Gambar kanak-kanak yang masih suci, bersih, tulus dan mulus masih segar di ingatan saya tatkala pulang ke hotel. Bentuk seksaan yang dikenakan juga dipaparkan dalam visual yang sungguh menyayat hati. Syukur kerana tinggal di negara yang aman, merdeka dan makmur seperti Malaysia..

Pada waktu petang, kami singgah ke The Russian Market, iaitu sebuah arked lama yang masih mengekalkan ciri-ciri binaan dahulu. Fungsinya tidak ubah seperti Central Market atau Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Saya, Kak Jah, Kak Sitaton dan slh seorg penduduk Kampung Chroy Metrey menaiki Tuk Tuk - sejenis kenderaan pengangkutan awam yg 'glamer' di sana. Ibarat teksi di Malaysia.

Sebenarnya banyak lagi tempat persinggahan kami. Tak cukup kalau nak diceritakan di sini. Apapun bagi saya, pengalaman itu yang paling berharga. Kesempatan yang Allah berikan kepada saya kali ini amat saya syukuri.

Sehingga berjumpa lagi, insya Allah.

Jumaat, 18 Mac 2011

Sabah, here I come !

Semalam, 17 Mac 2011, saya menerima arahan supaya out station ke Kota Kinabalu, Sabah pada 23 Mac ini. Atas urusan pengambilan jawatan Pegawai *****.
Sbg wakil Jabatan, saya dilantik sbg salah seorang panel penemuduga bersama Bahagian Pengambilan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Alhamdulillah suami saya akan follow ke sana, sekiranya cuti yang beliau pohon, diluluskan. Harap lulus saja lah! Tak syok pergi jauh-jauh kalau tak bawa peneman. Nanti nak tidur, saya terbayang Hantu Kak Limah ;)

Khamis, 17 Mac 2011

:: DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali ::

Saya mendapat tahu tentang 'Dia' dari suami saya. Suami saya berkesempatan bekerja bersama 'Dia' ketika Minggu Ta'aruf di UIA suatu ketika dahulu. 'Dia' telah dijemput Ilahi dalam sebuah kemalangan sewaktu pulang bercuti ke Malaysia awal tahun ini.

Saya sedih, meskipun saya tidak mengenali beliau. Saya sebak setiap kali membaca post-post terakhir beliau tentang situasi negara Pakistan yang huru-hara di  sini sebelum pergi bertemu Ilahi (Beliau bertugas di Kedutaan Malaysia, Pakistan). Saya kira isterinya yang digelar 'mawar' dalam blog 'Dia' adalah sangat tabah. Kebelakangan ini, saya kerap membaca post 'mawar' di sini meskipun saya bukan kawan sekolah atau kawan sekuliah beliau. Saya doakan 'mawar' dan anak-anaknya tabah. Dan saya pasti 'Dia' itu sangat istimewa di mata sesiapa sahaja.

Semoga tenang arwah di sana, Amin.

Parly Session

Kelmarin atau semalam, Selasa 15 Mac 2011.

Saya diamanahkan sbg Pegawai Bertugas Parlimen. Sepatutnya saya ditugaskan pada 18 April tetapi saya mohon bertukar lebih awal kerana saya bimbang akan lebih banyak urusan di bulan akan datang. Sebenarnya ini mungkin kali  ke-4 saya ditugaskan ke Parlimen. Sejujurnya, saya gemar apabila ditugaskan ke Parlimen dan lebih gemar jika diarah bertugas di Dewan Rakyat.  Bukan Dewan Negara yang hanya akan meluluskan usul atau Rang Undang-undang (walhal sebenarnya saya sangat mengantuk jika sesi Dewan Negara berlangsung).

Segala macam rupa, agenda, gaya, suasana dapat saya amati di sini. Saya bukan gemar berada di samping mereka yang bergelar Wakil Rakyat tetapi saya gemar melihat rupa pemimpin-pemimpin yang dipilih rakyat melalui pilihanraya Umum mahupun Kecil. Dan paling saya suka, mereka berbahas secara profesional ketika bersidang di dalam Dewan Rakyat. Meskipun kadangkala terselit unsur emosi : balas-membalas, menempelak, menjerit-jerit, mengetuk-ngetuk meja namun itu semua hanya 'lakonan' yang hidup dan benar. Ternyata di luar, mereka boleh minum kopi bersama, duduk semeja, bersalam dan berpelukan.

Mungkin ini budaya politik baru. Tambahan pula, untuk apa berdendam, berhasad dengki dan mengotorkan dunia politik. Bukankah mereka semua adalah suara rakyat yang mahukan perubahan itu dan ini, di sana dan di sini.

Paling saya tertarik, perbahasan oleh YB Lembah Pantai (PKR) yang begitu lembut menutur kata. Beliau memohon agar Suruhanjaya Siasatan Polis ditubuh untuk mendakwa polis yang terlibat dengan pelbagai kesalahan. Apakah ia realistik? Mungkin ya juga, kerana saban hari wajah polis yang didakwa di luar sana hanya polis-polis berpangkat rendah atau biasa-biasa sahaja. Bagaimana pula dgn polis di peringkat atasan atau yang memberi arahan. Nah, semua polis mungkin boleh mula mencongak apakah kesilapan yang pernah mereka lakukan. Ubah persepsi stereotaip rakyat yang mengatakan polis = rasuah = polis. Pengajarannya, ia bukan hanya untuk polis. Kita sebagai orang awam juga harus menilai diri setiap masa kerana di Akhirat nanti, ada suruhanjaya tetap yang akan memaparkan semua perilaku kita di sini.

Dan satu lagi  perbahasan menarik oleh YB Arau (BN) yang saya kira peka melihat isu-isu sosial yang melibatkan masyarakat melayu = Islam. Beliau menegur sikap sesetengah produser filem yang berlumba-lumba menerbitkan filem atau drama berunsur seram = tahyul = khuarafat. Beliau menyatakan kebimbangan terhadap ancaman akidah kepada generasi kini yang ternyata mempercayai cerita genre seram yang terang-terangan tidak masuk akal ! Jika di Barat ada 1 Supernatural, di Malaysia ada 100 Supernatural ! Itu belum dikira dgn rancangan yang kononnya berani 'mencari' hantu ! Dan mungkin sudah ada di antara kita yang percaya, wanita yang mati melahirkan anak bertukar menjadi Pontianak ! Harum pula tu ;)

Lega saya dan rakyat-rakyat lain apabila ada juga pemimpin yang alert terhadap isu-isu keadilan, sosial mahupun agama Islam di dalam Dewan Rakyat. Dan alangkah lebih baik jika semuanya ikhlas memperjuangkan nasib rakyat dan bertambah-tambah bagus jika Islam itu dijulang dalam menentukan segala bentuk peraturan hidup.

Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...