Find This Blog

My Pages

Isnin, 9 Januari 2012

WISE Circle #1

Saya berkesempatan menyertai WISE Circle #1 di Inst Integriti Malaysia, KL Sabtu lalu.

Sungguh tidak disangka worldview of Islam was currently sedikit tersasar. Digerakkan hati olehNya untuk menyertai WISE, benar-benar suatu anugerah! Berkenalan dgn Afni, graduan dari Manchester juga membuka mata bahawasanya semua Muslim yang mempelajari pelbagai disiplin ilmu (yang telah di-departmentalise selama ini) wajar mengetahui apa worldview masing-masing, without discriminating thus subject. Tajuk bagi circle #1 ialah worldview atau pandangan alam menurut Islam ataupun tasawwur Islam.

Pertamanya, don't feel inferior. Allah beri ilmu pada manusia, itu satu kelebihan. Allah perintah malaikat tunduk bersujud pada Adam, itu satu kelebihan. Tiada bangsa semulia manusia di muka bumi. Manusia memuliakan dirinya dengan ilmu. Dengan ilmu sahaja suatu tubuh, masyarakat mahupun bangsa atau apa jua nukleusnya, ia akan teguh, unggul dan kuat mendepani sebarang cabaran pascamodernisme.

We should understanding what we are receiving dengan menyemak semula intelectual ability, berpandukan ayat-ayatNya- al-Qur'an. Sungguh pada setiap huruf di dalamnya adalah ayat (tanda-tanda) Allah ! 

Contohnya, saya perlu faham kenapa saya diperintahkan memakai tudung dan menutup aurat, bukannya mempersoalkan kenapa saya mesti bertudung. Epistemologi Islam secara jelas akan membantu kita memahami signifikannya perintah itu. Jika faham falsafah di sebalik setiap perintah, pasti kita akan menjadi hamba yang lebih taat dan mantap akidahnya. Akidah yang sihat membawa kepada ibadah yang betul.

Contoh dari sisi lain, non Muslim mendakwa Allah itu tidak Adil kerana hanya Muslim sahaja yang akan masuk SyurgaNya. Sedangkan bukan semua Muslim akan masuk syurga, melainkan yang benar-benar Islamnya (ada penjelasan lain mengenai semua Muslim akan ke SyurgaNya di akhir sekali). Yang paling pasti, Islam adalah agama yang benar.

"Apakah kamu tidak berfikir...?"

Jadi tiada alasan kenapa kita jadi golongan pertama dari manusia iaitu "La Adriah" - Deny the possibilities to get know. Gunakan akal, buka mata dan hati, lihat alam dan kehidupan ini menurut kerangka epistemologi Islam. Bunyinya sarat falsafah tetapi jika dilihat dgn mata hati, tiada satu hati akan menafikan kebesaranNya mencipta anugerah akal kpd manusia.

Kami disaran oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud untuk meneliti 'Aqaid al-Nasafi (1650) yang mana menurutnya:

"Ilmu itu adalah perkara paling induk. Without knowledge, nothing can be decided."

Disaran juga membaca buku Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas. Ulasannya boleh dibaca di web ini. Francis Bacon (1561-1626) juga pernah menyebut, "Knowledge is Power". Dan itu ialah motto sekolah menengah saya suatu masa dahulu. Am proud of it!

Banyak lagi yang diperbincangkan dalam circle #1. Seketika saya sedar, bagaimana akal dan peta hidup Muslim selama ini dikawal dan diolah oleh Barat, maka wajiblah kita mengakui bahawa kebenaran hanya akan dicapai oleh akal ('aql)- satu fakulti dalam ruh yang tiada soal gender di dalamnya.

Antara isu gender yang dilaung-laungkan, puak feminisme berfahaman liberal mendakwa Islam adalah agama bagi orang lelaki kerana ulama' itu kebanyakannya lelaki. Dakwaan ini dianggap benar sekiranya ia ditambah rencah logikal semata-mata tanpa membetulkan worldview of Islam mereka. Golongan ini ialah golongan kedua yang bersifat subjektif kerana menganggap semuanya boleh diubah mengikut keadaan dan zaman. Tidak hairanlah mereka mahu mentafsir semula Al-Qur'an dan menilai semula hukum fara'idh.

(Dalam fara'idh Islam, lelaki mendapat part melebihi wanita kerana dasarnya lelaki akan menjaga saudara perempuan yang lain. Soal samada lelaki itu benar-benar menjaga saudara perempuannya atau tidak, itu soal kedua (Soal ini ada penjelasan dari segi fiqh juga). When a man abuse his wife, he do it not because he is a man but because of his confused intelectual mind. There's nothing to do with gender. See?)
Seusai Prof membuat pencerahan ttg isu propaganda liberal dan seputar isu dunia Islam yang ditambah perisa oleh orientalis Barat serta munafik, satu kesimpulan boleh dibuat: Truth is not the fact but the truth is how you interprete the truth as a fact. Mari kita bersama menghayati ajaran Islam dengan penuh pengertian, insyaAllah.

Tak sabar menunggu WISE Circle #2.

Allahu Akbar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...