Find This Blog

My Pages

Selasa, 20 Disember 2011

Si Tua Itu..

Kejadian mengambil tempat di sebuah restoran di Shah Alam. Pelakon tambahan ialah aku dan MOH.

Adegan 1:
Sedang enak menikmati mihun tomyam, MOH menyiku lengan, separuh berbisik "Cuba tengok sorang makcik di belakang tu. Merokok depan suami dan anak-anak". Aku ingatkan MOH menyiku sebab saja nak romantik candle light dinner ke hahaha rupanya nak cakap sesuatu. Punah hangan-hangan aku.

Aku toleh ke belakang.

Wanita itu berusia dalam lingkungan 50-an mengikut agakan aku yang over mengagak ni. Seiras arwah wan. Dan dia bertudung! 

Ini high class life style di sini ke? Sepanjang hampir 2 tahun aku tinggal kat Shah Alam, ini kali pertama (rasanya) aku melihat wanita Islam (kategori kilauan emas) berbangsa Melayu merokok (aku pasti dia Islam, sebab tudung dia bukan style wanita-wanita yang pergi persidangan kt PWTC setiap tahun tu. Tudung dia tak nampak jambul okay). Merokok sambil menghirup kopi panas di hadapan suami dan anak-anak.

Geleng kepala je la mampu. Benci dalam hati. Ko mampu ke nak tegur? Tak pasal-pasal aku kena karate dengan makcik tu atau suami dia atau anak-anak dia sambil pedaskan aku dgn ayat "kau ingat kau tu bagus sangat?". Haaaa kang ada yang lari secara beregu dari kedai tu.

Adegan 2:

Lebih kurang dalam 15 minit kami di restoran sambil menikmati makanan, datang satu family yang agak besar dan duduk di meja sebelah. Ada 3 generasi dalam keluarga tu. Ada seorang lelaki tua (mungkin dipanggil atuk), seorang wanita tua (mungkin si nenek), 2 orang wanita dewasa dan 6 orang budak-budak perempuan. Semuanya free hair dan keluarga tersebut nampak loaded branded high class vavavom gitu. Pakaian diorg pun agak 'menyakitkan mata' (kau faham lah kan maksudnya - seksi). 

Tak ada apa yang pelik pun?.

Tiba-tiba seorang budak menangis. Jatuh gedebuk sebab main kerusi dan mungkin kena tolak dek seorang lagi budak senior.

Si lelaki tua berpangkat atuk itu bangun dan terus ke tempat si budak senior tadi. 

Si atuk tu menolak kepala si budak senior tu. Adoi. Mau teleng kejap leher aku tengokkan perangai orang kilauan emas camtu.

Budak senior hanya mampu menangis.

Menangis mungkin bukan kerana sakit. Sakit yang lebih sakit ialah malu. Kalau aku lah kan, menangis memang sbb malu. Kalau aku la. Nasib la abah aku tak pernah buat macam tu kt kitorang adik- beradik. Kalau tak, nanti korang akan baca berita headline entah paper apa ntah caption camni - enam beradik berkepala teleng hidup bahagia hahaha.

Memanglah "sayangkan anak tangan-tangankan" tapi ini dah "dikepala-kepalakan"!

Pelik aku tengok family tu. Takde seorang pun ibu-ibu muda (konon muda la) datang dan pujuk si budak senior tu. Si budak senior benar-benar dihukum sebagai pesalah. Mandatori. Kesian oo. Aku pula rasa nak borrow the shoulder kat dia. 

Pengajaran siTUAsi # 1:
Kepimpinan melalui tauladan adalah perlu bagi seorang dewasa kepada generasi yang lebih muda. Apakah hidup akan lebih bermakna dengan menjalani cara hidup yang melebihi batas?

Pengajaran siTUAsi # 2:
Anak-anak kan suatu anugerah. Tolonglah hargai mereka, bermula dari saat mengandungkan, mendidik dan menyayangi mereka. Sayangi mereka seadanya kerana ia akan jadi syafaat untuk kita kelak. 

Semoga Allah memberikan petunjuk. Allahu..

TQ for reading :)


Isnin, 19 Disember 2011

Di Daerah Itu - Part 3

Sambung semula coretan kembara, setelah sekian lama. Time is precious, huh. Macam manalah I nak jadi blogger yang berjaya. Haha.

Kembara diteruskan di Ho Chi Minh City, Vietnam. Ada orang panggil Saigon City. Sebenarnya Saigon adalah nama lama bagi Ho Chi Minh. Namanya ditukar kepada Ho Chi Minh sempena nama Jeneral Ho Chi Minh yang memimpin angkatan tentera Vietnam sewaktu peperangan dengan tentera Amerika.

Setelah sampai di Ho Chi Minh, kami dibawa ke Restoran Shamsudin di Bien Dong 6 (ownernya Malaysian Chinese Muslim). Lauk kat sini memang superb. Tengoklah gambar makanan ni (sedap wo)

Dan yang paling penting, Halal. Lega rasanya sbb dah sepanjang hari perut tak jumpa nasi !.

Di bawah ini pula gambar restoran dari luar. Signage restoran mmg nampak dari tepi atau luar jalan. Rupa-rupanya kedai ni jauh ke dalam. Menapaklah kami beramai-ramai ke dalam, kemudian belok ke kiri pula. Memang design bangunan kat sini, panjang ke belakang, tapi bukaan atau kelebarannya agak sempit. Kedai sebelah tu, kedai kopi Vietnam. Nampak juga beberapa orang yang tonggang-tonggang minum 'air itu'.


Then, balik hotel - rehat - solat - tidur.  Seronok betul time dapat mandi. Maklumlah, sehari tak jumpa air, selain untuk wuduk dan air minum. Indah sungguh tidur malam tu. Penat teramat penat.
Bilik kami pula bilik yang paling atas dan paling hujung (receptionist tu kata kami orang pertama yang rasmi bilik tu. Bilik baru rupanya. Patutlah bau cat sangat fresh dalam bilik). Nasib tak ada keracunan arsenik. Huh.


Inilah rupa dalam bilik kami di tingkat 6, Hotel Hoang Hia Guy. Pintu di sebelah kiri ialah pintu utama bilik dan pintu di sebelah kanan itu ialah pintu toilet.

Suasana pagi di luar hotel. Peniaga keci-kecilan menjual hasil tanaman. Simply awesome cara diorg susun barang dalam raga atau dulang. Raga ni pun tranferable anywhere. Hehe.

Day 4 - Misi hari ini ialah melawat komuniti Muslim di Masjid Jami'ul Muslimin. Sebelum itu, isi perut dulu. Inilah restoran tempat kami bersarapan. Menu pagi tu, roti canai dan nasi lemak. Memang banyak lah kalori untuk pagi tu kan. Tapi berat badan takkan bertambah sbb aktiviti padat. Confirm kena bakar kalori tu.

Seterusnya perjalanan diteruskan dengan misi beramah mesra bersama komuniti Muslim di Pusat Islam atau Masjid Jami'ul Muslimin. Sumbangan turut dihulurkan oleh persatuan kami. Terima kasih Malaysian, how generous you are. Memang sangat terharu bila ketua rombongan umumkan pelbagai bentuk sumbangan termasuk komputer, duit, buku.. Semoga sumbangan kita walau sekecil manapun akan dinilai sbg ibadah.

Masjid Jami'ul Muslimin ni memang menjadi one stop centre untuk Muslim di sekitar Ho Chi Minh. Inilah rupa masjidnya.. Yalah kan, komuniti Muslim ada lebih kurang 30,000 orang shj di seluruh Vietnam. So ke mana lagi diorang nak berjumpa, kalau bukan di masjid. Memang tiada masjid sebesar Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan spt di Malaysia. Tapi hope so itu tidak menghalang Muslim di Vietnam terus mengamalkan Islam, insya Allah.

Then, enjoy the piccas !

Destinasi seterusnya, Kedai Kopi Vietnam, Muzium Perang (War Museum) dan lunch di Halal Saigon Restaurant semula.


The next stop - Kedai Kopi yang dikatakan glamer di kalangan pelancong asing. Gambar kopi tak ada, teko kopi pun jadilah ya. Kopi Luwak pun ada, you ! Tapi tak boleh minum, tak halal tau.

War Museum - Muzium Perang ni dibina khas sempena memperingati peristiwa perang antara Vietnam vs Amerika. Gambar-gambar dalam Muzium Perang ni boleh tahan ngeri. Tak sanggup nak capture. Scary mary.


Seusai lawatan yang sebiji macam rombongan sekolah, kami terus lunch di Saigon Seri Penang Restaurant semula. Tengoklah makanan ni, memang the best ever. Entah apa lah yang diorang guna dalam lauk tu. Sedap semacam. Curious tak? Hehe

Selepas lunch, kami dibawa ke Chu Chi Tunnel. Terowong ini dibina sewaktu perang Vietnam - Amerika. Selama tujuh tahun perang, selama itulah diorg tinggal di bawah tanah tu. Apa yang amazingly takjub makjub ialah strategi yang dibuat oleh tentera Vietnam. Memang sangat kagum dengan setiap benda yg tentera Vietnam invent at that time. Contohnya, diorang boleh invent selipar yang dibuat dari tayar lori (of course selipar ni colour hitam kan). Bunga selipar (bentuk jari kaki)yang diorang cipta, dibuat secara songsang. Maksudnya, kalau tentera Amerika jumpa kesan tapak kaki diorang, tentera Amerika akan ingat diorang menuju ke hadapan walhal sebenanrnya diorang menuju ke belakang. Faham tak? Hehe. Bayangkan betapa canggihnya otak tentera Vietnam masa tu. Fuh, kagum gue. Desperate untuk hidup tapi still boleh berfikir secara kreatif.

Demonstrasi membuat selipar dari tayar lori. Ini bukan tentera Vietnam, cuma pekerja di Chu Chi Tunnel.

Dan untuk menggembirakan hati diorang, ada juga dibuat 'Happy Room' untuk diorang. Kononnya itulah bilik untuk melepaskan tension, menyanyi beramai-ramai. Ada juga yang kata Happy Room tu ialah toilet. Hehe. Apapun, bangsa Vietnam bukan sebarangan bangsa. Mereka dah tinggalkan 'sesuatu' untuk generasi akan datang. bukan hanya survive untuk hidup sahaja tetapi strategi, kaedah dan teknik (err... sama je maksudnya kan) peperangan pun diorang tinggalkan. Diorang masak menggunakan dapur yang dibina dengan saluran asap (tiub) dan dipesong jauh dari dapur diorang. So tentera Amerika tak akan tahu ada orang di bawah tanah tu.


Jalan membongkok macam rukuk dalam solat then keluar dari terowong (pintu keluar pertama) berjarak 50 meter. Sempit, gelap, berbau hamis. Tak larat nak berjalan sampai pintu keluar sejauh 1 km lagi. Bayangkan macammana diorang boleh hidup dalam tu selama 7 tahun? Fuhh..
Untuk agenda malam, kami ke Masjid An-Nur, sebuah lagi pusat komuniti Muslim di sini. Special tau sbb student pondok di sini tolong masakkan dinner untuk kami. Hehe. Jangan salah faham tau.. Duit untuk sediakan bahan masak adlh hasil sumbangan dari kami, ahlul rombongan semua. Tolong hulur dan makan je. Hehe. Tahun depan, nak datang tolong masak pula.

Suasana di dapur Masjid An-Nur
Day 5 - Today is the last day ! Yehuu. Misi untuk hari ialah "pelaburan" atau "melontar" duit kpd peniaga-peniaga. Kami dibawa ke Central Market dan Binh Tay Market. Memang murah sangat-sangat-sangat. Lagi-lagi kain cotton. Orang Malaysia yang jual online tu confirm ada yg dtg borong di sini sbb teramatlah murah. Nasiblah saya bukan shopaholic. Kalau tak, memang hangus duit yang tak berapa banyak ni. Hehe..

Antara hasil tangkapan di Central Market. From left: Adik punya, Kakak Ipar punya dan saya punya.

Sebelum menuju ke airport, kami singgah untuk lunch di Halal Saigon Restaurant. Makanan kat sini pun memang superb.




Kuih comel ala-ala Cream Puff. Sedop !

Last but not least, saya menganggap ini adalah kembara yang sangat menyeronokkan. Alhamdulillah misi kembara telah tercapai dan untuk tahun hadapan, boleh diperhalusi semula mana-mana part yang ada kekurangan (bunyi macam nak pergi lagi je).

 Bukti saya adalah rakyat Malaysia yang sah dan menaiki penerbangan yang sah :)

Spot the staffwardesses yang menutup 'aurat', Vietnam Airlines. Pakaian diorang tak se'ketat' kebaya pramugari MAS, kan?

Berkelah di Vietnam International Airport, sementara tunggu boarding. Nasi bungkus aje. Sob, sob.




I'm home, Alhamdulillah !


Finally touched down at LCCT, Sepang with a full bucket of rindu-rinduan to En Suami.

Sabtu, 3 Disember 2011

Blue Moon in Jakarta

24 - 27 Nov 2011, pergi Jakarta, Indonesia la pulak dengan MOH. Aku tak ingat entah bila aku booking tiket MAS. Kalau tak silap aku masa MATTA Fair.

Misi kembara kali ini:
  1. Mencari pengertian diri (Baru kitorang tahu bukan senang nk survive di sini. Sungguh kembara kali ini adventure ala-ala misi cari harta karun)
  2. Melihat kebesaran Allah menciptakan pelbagai jenis bangsa dan kaum manusia (Berkesempatan jumpa sahabat penyelia disertasi aku, Prof Madya Dr. Usman Syihab di UIN Sharif Hidayatullah)
  3. Meluaskan pengetahuan, pengalaman..bla..bla..(Sempat jugalah berjalan ke beberapa tempat padahal kau menyopping jugak kt Tanah Abang tu kan)
Sebelum ke sana, aku sudah menghubungi Pak Witan (pengurus angkutan kami). Kawan aku si Fathimah suggest utk contact Pak Witan sebab uncle ni banyak tolong dia sepanjang belajar kat sana selama 6 tahun. Tetapi Mas Aji akan memandu kami sepanjang berada di sana kerana kata Pak Witan, beliau sudah ditempah untuk trip yang lain.

Day 1 -
Flight MAS jam 8.45 pagi. Mujur tak terlepas flight sebab kami tiba agak lewat di KLIA. Sebabnya, kami terlepas 1 minit tren ERL ke KLIA. Terpaksa tunggu the next tren 30 minit kemudian. Cuak rasanya. Kalau korang nak tau, kitorang berlari-lari bapak ke Gate A kalau tak silap aku. Bajet Gate A tu paling dekat atau paling depan sekali. Rupanya paling hujung oi dah lah lagi 10 minit diorang dah announce nak tutup gate. ERL punya pasal la ni haha padahal kau yang salah tengok timing. Alhamdulillah selesai konflik di situ.

Setiba di Hatta-Soekarno International Airport, kami menunggu sms dari Mas Aji. Macam nak blind date. Maklumlah, manalah pernah berjumpa kan. Kata Mas Aji, dia berbaju merah. Puas aku melilau meneka setiap orang yang lalu dan berbaju merah. Hehe. Tidak sampai 15 minit, kitorg dah jumpa..

Kami dibawa oleh Mas Aji dari Cengkareng menuju ke Ciputat, Jakarta Selatan, sambil mata melilau cari hotel. Kami memang tak booking online sbb memang dah berhajat nak tinggal semalam shj di Ciputat.


Day 2 -


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...