Find This Blog

My Pages

Selasa, 5 April 2016

Cerita Selepas 4 Tahun

Assalamualaikum..

Yeayyy.. Dah hampir 4 tahun aku meninggalkan dunia blog. Rasa tak ada apa benda yang menarik untuk dikongsi melainkan isu-isu kekeluargaan aku dan MOH yang semakin berkembang.

Anak pertama si Muhammad Al Fatih akan genap 4 tahun, November ini.
Anak kedua cik Iman Sofea akan genap 2 tahun, September ini.
Anak ketiga, dalam perut, masih di alam rahim, di bawah lindungan ar Rahman dan ar Rahim. InsyaAllah EDD bulan Julai 2016 ni. Semoga mereka diberikan kesihatan yang baik, kecerdasan yang tinggi, keluhuran dan akhlak yang terpuji, berjuang di jalan Islam, insya Allah.

Gambar family masa raya tahun 2015 @ Ipoh. Fatih in no mood untuk bergambar, jenuh kena pujuk pakai bunga di telinga dia.. Hai la anak bujangku.
 
 Gambar Muhammad Al Fatih celebrate his 1st birthday ni nursery.
 
Gambar Iman Sofea masa umur 6 bulan +
Flawless lagi muka dia masa ni, sebelum naik eczema. Nanti kalau rajin aku akan share tips untuk hilangkan eczema, berdasarkan discussion dgn pakar kanak-kanak, dietitician dan juga Dr perubatan lain.. serta pengalaman aku berhadapan dengan beberapa anak buah yang eczema.
 
 
Till then, bubbye.. TQ for reading :)
 

Selasa, 10 Julai 2012

A Tribute to Along (18 Ogos 1979 - 8 Julai 2012)

Ahad 8 Julai 2012, jam 8.45 mlm.

Aku dapat phone call yang membuatkan dada menjadi sesak seketika. Bukan seketika tetapi beberapa ketika. Nana memberitahu yang Along telah pergi buat selama-lamanya. Mata terus berkaca-kaca, air mata terus meleleh dan aku menangis. Menangis sepuas-puasnya. (Yes, korang bayangkan je la betapa horrible sangat aku nangis dengan rasa sendu di hujung tangis).. Walau dia bukan Along kandung, dia dah macam kakak kandung sendiri.

Hari Khamis, 6 Julai 2012, dia ada call aku. Mengadu yang dia sakit. Sakit apa, aku tak sure sebab dia nak sembang dgn mama aku. Dia cuma beritahu yang dia mahu berehat di kampung, sudah berhenti kerja.

Along.. atau nama sebenarnya Siti Zuraifah binti Othman. Dia antara insan yang sentiasa ada di belakang aku. Melawat aku ketika sakit, menghantar aku ke airport sewaktu aku ke obersi sambung study, masakkan lauk sekiranya aku mengadu lapar. Dia juga tidur, mandi di rumah aku. Pendek kata, dia ni peminat aku merangkap a very good friend aku. Antara hadiah dari dia yang paling aku ingat, sebiji pasu bunga Avon yang cantik. Diberi sewaktu aku kemas beg sebelum bertolak ke airport pada tahun 2004. Dan aku masih simpan sehingga sekarang.

Kalau Along tidak cukup duit tambang utk ke tempat kerja, aku atau mama tidak berkira utk menghulurkan sebarang RM5 atau RM10. Jika dia pulang dari kerja, kebiasaannya dia akan singgah dahulu rumah kami, malah makan malam dengan kitorang. Along tidak pernah ambil hati jika kami adik beradik bergurau kasar, malah kadang-kadang seperti membuli dia. Along memang tak pernah ambil hati, tak pernah marah. Hampir semua kawan-kawan aku yang pernah datang ke rumah, mengenali Along. Dia kadangkala lebih ramah dari aku melayan tetamu yang datang ke rumah kami. Along banyak membantu sepanjang menguruskan majlis perkahwinan aku. Walaupun Along tidak membantu dari segi wang ringgit, dia selalu ikut aku ke sana sini, membeli barang dsbnya. Dia tidak lokek menghulurkan bantuan. Dia hadir lewat ketika upacara pernikahan aku sebab dia kerja, tapi dia tetap hadir juga.
Along makan bersama adiknya, Siti Zurina & suami. Menyesal tak ajak Along duduk di meja beradap, jika aku tau ni antara saat-saat terakhir dia bersama..

Sejak tahun 2010 atau lebih tepat sejak aku kahwin, kami makin renggang. Mana taknya, aku berpindah ke Shah Alam mengikut suami. Tetapi Along tidak pernah lupakan aku. Dia sentiasa call, menghantar sms atau komen di wall facebook aku. Dia sentiasa mengikuti perkembangan aku. Aku makin tembam, makin gemuk, makin berisi, semuanya dikomen Along. Komen terakhir dari dia pada gambar aku dengan MOH time kt Sibu.
Ifah Siti izhar pun pergi..mesti seronok kan...wei ct aku dah nmpak lah perut ko tuer bertambah naik lah..badan ko tuer pun dah berisi lah.. May 27 at 9:15pm · · 1

Semuanya kerana Along sangat penyayang. Malah dia juga panggil mak aku dgn panggilan "mama". Pernah satu ketika aku dari Shah Alam ke Cheras, terlihat Along menunggu teksi di hentian berhadapan HUKM. Lalu aku tumpangkan Along, dan bawa dia makan di KFC. Seronok sungguh Along ketika itu, sebab dapat merasa aku belanja. Dia juga tidak kedekut, memberi duit belanja sekolah kepada Aiman. Dia juga sayangkan kami sekeluarga. Pulang dari Kemboja, aku bagi dia pouch utk simpan handphone. Dia sangat hargai setiap pemberian aku. Kalau aku reply sms atau call dia, bertambah seronok dia. Hakikatnya, Along memang seorang yang sangat menghargai orang lain.

Along.. Sungguh tak kusangka panggilan telefon 6 Julai 2012 adalah panggilan yang terakhir dari engkau. Kali terakhir juga aku mendengar suara engkau. Tak sangka engkau yang pergi dulu meninggalkanku. Mudah sungguh Allah menjemput engkau.. Untungnya engkau, Allah dah permudahkan jalan untuk engkau, sudah pun bergelar hajjah dalam usia muda. Sungguh engkau beruntung, meninggalkan kami dalam keadaan yang sudah pasti. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosamu, menjauhkanmu dari azab siksa kubur, melapangkan kubur buatmu, memudahkan urusanmu di alam barzakh. Aku puas kerana dapat menatap wajahmu buat kali terakhir, mengucup dahimu. Pucatnya wajahmu ketika itu, tetapi bersih, sebersih-bersihnya. Kami tetap dan pasti akan menyusulimu.. Semoga kita dapat bertemu lagi di sana, amin.
Al-Fatihah untuk Along - Siti Zuraifah Othman yang telah menemui cintanya, Allah yang hakiki pada tanggal 8 Julai 2012 di Kg Sg Batu, Batu 1, Pedas Tengah, Rembau, N9.

Al-Fatihah

TQ for reading :)

Khamis, 10 Mei 2012

Encik Suami Saya

April yang lalu, bermacam-macam urusan perlu diselesaikan. Dari sekecil-kecil urusan dunia, sehinggalah sebesar-besar urusan dengan Tuhan, termasuk bersangka baik dengan Allah kerana beri ujian kepada aku supaya semakin kuat.Yes mmg aku rasa besar ujian ni sbb dah la lapar lepas tu tak boleh makan lepas tu asyik bluek je sampai suami kena bangun tengah malam tolong urut belakang lepas tu asyik monyok serabai macam hantu kak limah oi, lepas tu kena pergi kerja mengadap bos atau sesiapa je la yang annoying tak ke gila dibuatnya? Pendek kata sindrom mental disorder telah menunjukkan kesungguhan di ketika ini.

09 April hingga 11 April 2012, aku admitted ward, alahan teruk dan dehydrate. Asal masuk je makanan, mesti keluar balik. Semua makanan fevret dah tak jadi fevret. Makanan yang tak berapa nak fevret dulu, jadi fevret time pregnant ni. Antara yang bukan fevret sangat, kurma (selalu mkn masa bulan Ramadhan je). Alhamdulillah, Allah bukakan selera makan kurma banyak-banyak sepanjang pregnant ni. Walaupun lapar sbb tak boleh makan nasi dll, aku rasa 'kenyang' sbb makan makanan fevret Rasulullah s.a.w.. (w'pun kena paksa mkn)

Dan sepanjang 3 hari dok ward, kena masuk drip sebanyak 7 botol.

Kebetulan pulak la kan jeng jeng jeng 09 April 2012 tu, anniversary kedua aku & my other half (MOH).

Aku: Abang, hari ni anniversary kita.. Semalam kan kita plan nak pergi jalan-jalan.
MOH: Tau.
Aku: Abang tak nak wish apa-apa ke kat I? (dah ada rasa kecewa campur nak nangis sikit so korang boleh bayangkan suara aku dh monotone plus muka cebik)
MOH: Nak wish apa?
Aku: Wish la Happy Anniversary ke.. Bagi hadiah apa-apa ke.. I dah lah boring dok ward ni.
MOH: Habis tu, siapa suruh masuk wad?
Saya: ????? (Kecewasssss guruh petir dalam hati ni oi, sah menangis bawah bantal lepas MOH balik rumah)

Itulah dia. Memang dia kurang romantik mcm yang semua perempuan harapkan (bajet kau macam Angelina Jolie la suami kena bagi bunga ke, hadiah gelang Pandora ke) tapi dia tetap suami aku. Dia ada cara tersendiri utk show his love pada orang-orang yang dia sayang. 

Dan tetiba malam tadi, dia tanya :

MOH: Kalau abang mati, mesti U tak sedih sangat kan?
Aku: Kenapa plak?
MOH: Ye la, abang tak romantik sgt, tak pandai nak tunjuk sayang pada U..
Aku: ????? (Rasa nak nangis!!) Aku diam je, rasa nak peluk. Tapi tak peluk, malu haha ntah apa-apa.

Siapapun dia, aku sayang dia kerana dia adalah dia :)

*******

TQ for reading :)

Jumaat, 30 Mac 2012

Allah adlh sebaik-baik perancang, definitely!

kredit

Kita selalu mengeluh bila keadaan yang diharapkan tak jadi pd kita:
"Kenapalah aku tak dapat keje ni?"
"Kenapalah aku tak kaya mcm orang tu..?"
"Kenapalah aku tak bertuah mcm dia..?"

Kenapa, kenapa dan kenapa..

Pernah terfikir kenapa Allah tetapkan sebegitu rupanya untuk kita? Atau kenapa nasib kita tak sama? 

Dalam ayat 54, surah Ali 'Imran.. "Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi 'Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yg membalas (dan menggagalkan sgl jenis) tipu daya."

Ayat tersebut khusus utk peristiwa ketika umat Nabi Isa a.s. merancang utk membunuh Baginda (menyalib) namun Allah menggagalkannya dgn mengangkat Baginda naik ke langit.. Details boleh baca di sini (secara ringkas) atau boleh belek kitab Qasasul Anbiya' karya Ibn Kathir.

Penegasan dari ayat tu:  Kita sbg manusia mmg merancang.. Dan Allah juga merancang.. Akan tetapi, Allah adlh sebaik-baik perancang. Allah tetapkan sesuatu itu mengikut kadar atau kemampuan seseorang hambaNya. Cuba kaitkan dgn usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal kpd Allah. Ataupun tahap syukur kita kpd Allah.

Allah tak akan menguji hambaNya melainkan dia mampu utk memikulnya.. Setiap itu ada hikmahnya, dan kita perlu cari hikmah di sebalik setiap sesuatu..

Alhamdulillah.. Hampir 2 tahun aku dan suami menanti.. 

Dalam tempoh hampir 2 tahun -
kahwin
pindah rumah
kerja semakin stabil
hubungan semakin erat.. haaa gitu konon bajet macam romantik

Barulah Allah kurniakan rezeki ini agaknya. Benar-benar tidak terhingga syukurnya kami! Saat doktor mengesahkan positif mengandung setelah melakukan UPT, aku hampir tidak percaya! Dalam ketidakpercayaan itu, MOH boleh berlawak "entah-entah gambar yang Dr scan tadi tu tahi dalam perut u". Ok sumpah aku tergelak sekejap.

Semoga anak ini menjadi saham yg baik utk agama dunia & Akhirat, amin.

TQ for reading :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...