Find This Blog

My Pages

Ahad, 30 Oktober 2011

Sejarah Pemikiran 1

Buku terbaru beli di Univ Malaya, 27 Okt 2011 yg lalu. 

Karya Dr. Sulaiman Noordin, bekas pensyarah UKM yang mempunyai education background yang unik:
  • Ijazah Sarjana Muda Peng. Islam dari Ummul Qura', Makkah 
  • Ijazah Sarjana Muda Sains dari sebuah univ di Aussie 
  • Ijazah Kedoktoran dari Univ. Aberdeen, UK.
Gabungan bidang Pengajian Islam dan Sains. Tak mustahil bukan? Tetapi sangat sukar untuk kita yang biasa-biasa ini. Tidak mustahil adlh kerana Dr Sulaiman Noordin berjaya membuktikan bahawa sumber ilmu atau epistemologi ilmu sememangnya bermula dari al-Qur'an sendiri. Sbnrnya karya beliau sering aku jadikan rujukan ketika mengambil subjek Falsafah Islam, Falsafah Sains Islam, Sejarah Pemikiran Islam dan Epistemologi Islam dahulu. Cuma jarang membelinya kerana boleh dipinjam di library :) Ya, aku memang sangat meminati falsafah. Jangan jadi false sampah, sudah. Huhu..
Buku ini telah membentangkan sejarah pemikiran iaitu dari aspek sumber ilmu, perbandingan ideologi dan orde baru dunia. Antara yang diulas ialah peristiwa 9/11 dan post paradigmanya, Patriot Act, agenda Yahudi dan senario politik dunia.
Memang bagus sbg bacaan umum di rumah, walaupun ia agak 'berat'. Sekurang-kurangnya biar anak-anak kita mengenali 'wajah' yang mendominasi dunia dari segi politik dan ekonomi. Jangan hanya biar mereka menonton American Idol dan mengagungkan negara Uncle Sam itu tanpa mengenalkan juga kepada mereka siapa sbnrnya itu Yahudi yang berakal Zionis.
Bukankah orang Yahudi itu tidak akan redha dgn agama Islam sehingga hari Kiamat? 

Begitu banyak kedurhakaan kaum Yahudi, sepertimana firman Allah swt dalam Al-Qur'an iaitu Al-Maidah (5:82 dan 113) dan Al-Baqarah (2:120) 

Hanya kepada Allah kita berlindung dari segala kejahatan.

Rabu, 19 Oktober 2011

Tips-tips Interview !

Aku nak share suatu coretan; sewaktu bertugas sebagai panel penemuduga satu jawatan awam persekutuan ketika di Kota Kinabalu dan Putrajaya dahulu.

Situasi #1
Panel: Sila simulasikan satu kaedah pengajaran dalam kelas bagi seorang guru *****
Calon: Aduh... Sakitnya perut cikgu.. Cikgu nak berak ni. Murid-murid, apakah benda yang kita gunakan untuk bersuci?. Ok, pandai anak-anak murid cikgu. Air mutlak ialah jawapannya.

Kesimpulan: Oh jujurnya calon ni.. Tolonglah jangan mention "berak" dalam suasana formal. Sila gantikan dengan "membuang air besar" atau "qadak hajat". Jangan buat panel tergelak dalam hati ok.
Situasi #2
Panel: Saya terbaca laporan dari pentadbir jabatan awak sebelum ni, katanya awak seorang yang bermasalah. Ada komen?
Calon: Sebenarnya pentadbir tu yang bermasalah. Dia yang susah nak dibawa berbincang. Ada ke patut dia buat laporan palsu pasal saya kepada jabatan daerah. Saya memang tidak berpuas hati dengan dia.

Kesimpulan: Sekiranya pentadbir itu memang bermasalah, beliau tidak akan menyatakan dalam laporan sebagai seorang yang dirujuk kerana itu akan melibatkan integriti dan reputasi beliau juga. Sebaliknya calon perlu 'merendah hati' mengaku bahawa kesilapan itu mungkin berpunca dari kedua-dua pihak (masalah komunikasi) dan mengaku tidak akan mengulanginya.

Dalam kes ini, calon berkemungkinan besar tidak akan dilantik sebagai penjawat awam kerana dilihat tidak boleh bekerja dalam satu pasukan atau tidak mendengar arahan ketua. Calon ini juga bercakap dalam nada yang kedengaran angkuh. Dan calon ini memang tidak ditawarkan jawatan tersebut.

Situasi #3
Panel: Puan sudah memiliki kelayakan ini sejak tahun 1993. Kenapa agaknya sekarang baru mohon jawatan ini?
Calon: Sebenarnya saya sangat berminat dengan jawatan ini tapi sejak berkahwin, saya terpaksa lupakan hasrat saya. Kemudian saya berpindah mengikut suami ke sana sini dan sekarang baru saya ada peluang untuk memohon semula.

Kesimpulan: Calon ini sudah mempunyai 7 orang anak. Calon ini memang sangat layak dan sesuai untuk dilantik berdasarkan pengalaman sebelum ini. Tetapi, adakah dia akan sanggup berhijrah ke daerah tertentu untuk memulakan hidup baru? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Dan saya dimaklumkan calon ini memang telah menolak jawatan yang ditawarkan.

*****

Itulah antara situasi calon yang pernah aku hadapi. Sebahagiannya sangat bagus namun ada juga yang kelihatan seperti berpura-pura.

Ada juga yang terlalu takut sehinggakan langsung tidak memandang mata panel penemuduga (alahai aku ni bukan spesies karnivor pun. Ye la, aku paham korang nervous. Aku pun lalui semua tu tapi aku memang suka selambakan diri bercakap macam sembang dengan opah kau je dengan interviewer haha) 

Tidak kurang juga yang kelihatan biasa sahaja tetapi sangat bagus dalam 'mempersembahkan diri' masing-masing. Its all about how you represent yourself in the behave way.

Jadi, sentiasalah dalam keadaan tenang dan natural sahaja kerana panel penemuduga pun manusia biasa juga. Kalau aku ni cantik sangat sampai korang tak berkelip-kelip mata, baru lah aku faham kenapa semua calon yang aku interview nervous semacam kan.

Wassalam.

TQ for reading :)

Ahad, 2 Oktober 2011

Hormon Oksitosin Kau Dah Kenapa Tajuk Ni Pulak

Wah.. Lama betul aku tak berblog. Ha dah tu camno la kau nk jd blogger berjaya. Tu la org buat blog, kau pun sibuk nak buat blog. Sudahnya bersawang je.

Aku nak share satu artikel tulisan Dr. Rushmini Maris Ismail, tentang hormon Oksitosin yang ada dalam setiap badan seseorang. Ada orang yang mempunyai banyak dan ada juga yang kekurangan hormon tersebut. Nak tahu sebabnya? Sebelum itu, kita baca dulu apa fungsi hormon Oksitosin tu ye:
  1. Meningkatkan keupayaan bersosial, ikatan kasih sayang dan kemesraan antara manusia. Menjadikan seseorang merasa mudah didampingi. Bukti saintifiknya; para doktor telah memberi hormon ini kepada pesakit autisme dan skizofrenia yang sering menjauhkan diri dari org lain. Jadi, mungkin doktor berharap hormon tersebut boleh meningkatkan daya bersosial mereka. Bukti sosiologinya; orang yang kekurangan hormon ini dilihat sombong, suka menyendiri, tidak suka bergaul, tidak mesra dan mungkin garang !
  2. Meningkatkan mood yang yang baik krn menjadikan seseorang mudah tersenyum bila bertemu dgn org lain.
  3. Mengurangkan rasa takut dan debaran bila bertemu dgn org lain.
  4. Membuka diameter salur darah utk memberikan lebih oksigen kpd tisu. So kita akan lebih aktif dan cerdas, mungkin?
  5. Meningkatkan daya seks dan kasih sayang di antara pasangan.
  6. Meningkatkan orgasma.
  7. Meningkatkan anabolik dgn meningkatkan IGF1 dan teosteron. Juga mengurangkan ACTH dan kortisol iaitu hormon yg meningkatkan lemak.
  8. Meningkatkan kontraksi rahim dan memudahkan proses bersalin bagi wanita.
  9. Memudahkan ibu menyusukan anak (meningkatkan keaktifan kelenjar susu).
  10. Memberi perlindungan dari kanser payu dara, ovari dan endometrium.
  11. Penting bagi meningkatkan daya seksual bagi lelaki. Jika mereka kekurangan hormon ini, mereka berkemungkinan besar seorang yang anti sosial. Betul ke? Hahaha.. Wallahu'alam.
* No. 5 hingga 9, sesuai bagi mereka yang sudah berkahwin :)

Oksitosin ialah hormon yang dikeluarkan oleh supraoptik nuclei di hypothalamus pada otak kita. Jumlah yg dikeluarkan ialah 2 IU (international unit) setiap hari. Jumlah yang dihasilkan oleh ibu yang menyusukan anak dan bersalin boleh mencecah 5 hingga 10 IU. Its proved bila kita selalu berjumpa atau mengenali ibu yang hamil dan menyusukan anak bersikap lebih penyayang atau mesra. Betul juga kan? Setiap kejadian yang dicipta Allah itu ada signifikannya dgn kehidupan manusia because He knows BEST !!!

Sampai di sini shj, isteri mithali ni nak masak utk lunch

Wassalam.

TQ for reading :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...