Find This Blog

My Pages

Khamis, 30 Jun 2011

Ziarah Mahabbah ke Thailand

Hujung minggu yang lalu 23 - 25 Jun 2011, aku berkesempatan menyertai kembara anjuran ikim.fm bersama kumpulan nasyid Syifa' ke Haadyai, Thailand. Paling seronok, MOH temankan aku dalam kembara kali ini. Maha Suci Allah, betapa luasnya bumi Allah untuk kita terokai dan memikirkan iktibar dari setiap kejadian.

Ni lah wajah kitorang yang comel dan kembang 

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar termasuk sesi lawatan ke Maahad al-Ihya' Al-Sunnah al-Muhammadiyyah di Sadao. 


Selain ziarah ke Maahad, kami juga berkesempatan singgah di Haadyai's Market. Meskipun difahami majoriti penduduknya adalah Buddha, namun masih ramai lagi penduduk Muslim di sana-sini. Tiada masalah untuk mencari makanan halal.


***

Sebelum tu, mlm aku  bertolak ke Thailand. Nenek aku (sebelah Abah) pergi menghadap Ilahi. Buat Hajah Mo'inah Salam, semoga rohmu dicucuri Rahman dan RahimNya, diampunkan dosa-dosamu, dilapangkan dari azab siksa kubur, Amin.

Tahun ini, saya kehilangan dua orang nenek. Sudah pasti tahun ini boleh digelar "Yaumul Hazan" (Tahun Kesedihan).

Bak kata MOH: Kehilangan orang tersayang mmg 'menyakitkan'. Rawatlah kesakitan dgn ingatan kepada mati itu sendiri.

TQ for reading :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...