Find This Blog

My Pages

Isnin, 21 November 2011

Cameron The High Land

Last week, my husband's colleagues and I went to Cameron Highland, for 2 days and a night. We enjoyed the moment there :) Lepas ni kena plan utk family sendiri pula. Dinasihatkan pergi next year sbb during the peak time - school holiday, harga semua hotel naik 2 kali ganda. Kurang berbaloi. Tetapi bagi parents yg tiada choice sbb anak-anak bersekolah, boleh lah pergi waktu musim cuti ni. Yg penting, bajet perjalanan dan perbelanjaan lebih awal.

Masuk kali ni, dah kali keempat saya sampai di Cameron. Kali pertama dulu, rombongan family bersama Mak Lang dan jiran-jiran. Kami charter satu bas. Yg tak boleh dilupakan, salah satu tayar belakang bas tercabut dan tergolek. Terus bas jadi senget dan hampir terbalik tetapi mujur tersandar di tebing bukit. Kalau tersandar di tebing curam, alamatnya masuk ke gaung.

Banyak tempat yang wajib dilawati di sini, spt Cactus Valley, Ladang Teh, Strawberry Farm, Pasar Malam Cameron Highland. Boleh makan strawberry celup coklat :) Enjoy the picca

 Bersama Najla si baby comel

 Ladang teh Cameron Valley

 Spot my asben !

4 family dlm mode kegirangan nak pergi strawberry farm. Najla macam baby doll. Geram !

Have fun there, walaupun penat (baru sampai dari Vietnam pukul 12 tgh mlm sebelum ke Cameron)


Sabtu, 19 November 2011

Di Daerah Itu - Part 2

Seusai agihan daging korban dan sumbangan di Kampongcham, malam itu kami ke CMIA International School. Agenda seterusnya, penyampaian sumbangan dari rakyat Malaysia dan juga dinner. Lapor kedaung dah perut ni sejak otw dari Kampongcham.

Day 3
Bangun tidur, bertolak ke Tol Thom Tpoung Museum atau lebih dikenali sbg Pol Pot. Rejim ini tlh menindas rakyatnya dan mengenakan pelbagai jenis seksaan. Thn lepas, saya sudah menjelajah dlm muzium ini. So thn ni, saya memang tak berniat nak masuk ke dlm. Sebab? Saya ngeri. Terbayang lg gambar orang yg diseksa. Paling terkesan di hati, gambar seorang ibu yg sedang menyusukan anak, ditebuk kepalanya dari belakang. Ibu itu sedang duduk di atas kerusi dan dibenar utk menyusukan anak tetapi tidak dibenarkan menangis. Saya masih teringat wajah ibu tersebut. Oleh krn tahun ini saya menyertai rombongan sbg urusetia, saya hanya menunggu di luar.

Kebetulan di ruangan luar muzium, saya dan Diyana berkesempatan mengambil gambar bersama Bou Meng, bekas tahanan Pol Pot yg masih hidup sehingga hari ini. Isterinya tlh dibunuh beramai-ramai di Killing Field. Bou Meng tidak dibunuh kerana diupah oleh Pol Pot utk melukis ilustrasi wajah tahanan. Maka dia bernasib baik, masih hidup pada hari ini dan menulis sebuah buku yg menceritakan pengalamannya hidup di bawah rejim kejam Pol Pot.


Diyana, Bou Meng and I

Kemudian, kami menuju ke Phnom Penh Central Market. Tak ada selera nk shopping, melainkan membeli dua kain pasang yg dikirim mama dan adik saya.

Selesai urusan di Central Market, kami terus bertolak ke Ho Chi Minh, Vietnam. Waktu di sana ketika itu lebih kurang jam 5.30 petang.  

Perjalanan selama 5 jam dari Phnom Penh menuju ke Ho Chi Minh sgt menyeronokkan, walaupun superb penat plus kematu duduk dlm bas. Ada la dalam 3 round tidur. Jaga, tidur, jaga balik, tidur balik. Tidur sbb dh mlm, tak nampak apa kt luar bas. Teringat pula kt seseorang di M'sia.

Bas kami naik feri utk menyeberang Sg Mekong di utara, sblm sampai ke pintu sempadan Cambodia - Vietnam. Nampak juga daerah di Cambodia yg dilanda banjir. Teruk juga sawah org kampung ditenggelami air.


Till then, sambung part 3 utk cerita di Vietnam :)

Khamis, 17 November 2011

Di Daerah Itu - Part 1

7 - 11 Nov 2011, bermula satu misi qurban dan kasih ke Cambodia dan Vietnam. Ada satu perkara yg dikira mcm pecah rekod spjg saya di kedua-dua negara ni - langsung tak menggosok baju ! Pakai je apa yg ada. Haha..

Day 1 -
Depart from LCCT to Phnom Penh Int. Airport. Ini tahun kedua saya mendarat di sini dgn telinga berdengung. Jadi lah 'pekak badak yg comel' telinga sebelah kiri selama 5 hari. Hah, baru tahu betapa berharganya nikmat pendengaran yg Allah bagi selama ni.

Sampai sahaja di Phnom Penh, saya dan ahlul rombongan yg lain terus ke Mekong's Cruise, menikmati dinner. Guess what, Cambodia's Minister of Religion Affairs juga menyertai dinner sambil berborak ok. Bukan bermesyuarat tapi berborak. Selepas dinner, ada mesyuarat di Golden Stadium Hotel. Finally, baru boleh check in bilik ! Mandi, kemas beg dan tidurrrr.


Lelaki berkot itulah yg dimaksudkan Menteri Hubungan Antara Agama Cambodia. Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya, amin.

Day 2 -
Bersiap-siap dan tunggu di lobi jam 6.30 pagi waktu Cambodia. Hari ini misi akan menuju ke Kampongcham, daerah paling jauh dari Phnom Penh. Hampir 4 jam perjalanan pergi. Bermakna hampir separuh hari untuk pergi dan balik ke Kampongcham. Di daerah ini, dikatakan hampir keseluruhan penduduknya adalah Melayu Champa dan beragama Islam. Salute dgn jati diri mereka sbg muslim yg seperti masih belum tercemar dgn dakyah dan budaya asing. Tidak kelihatan pengaruh hedonisme di daerah ini, selain dari papan tanda menunjukkan masjid atau sekolah agama sahaja. Masakan tidak, bekalan elektrik pun tiada di hampir setiap kampung dalam daerah ini.

 Semua jenis jalan kami perlu tempuhi. Jambatan, denai, jalan bandar, jalan kampung dll.

 Singgah minum air kelapa hasil tanaman komuniti Melayu Champa.

Masih ada manusia berumah di atas sungai. Selesa? Tentu tidak. Ya benar rezeki Allah itu ada di mana-mana dan yg paling penting, usaha !

Pejabat di sekolah agama kampung ini. Sebak. Masih menggunakan papan hitam, kapur tulis, tiada sebarang ABM yg canggih-manggih.


Pulang dari kampung pertama, kami ke Kg Banggro, tempat terdapat ladang getah wakaf yg diusahakan oleh penduduk kampung. Utk masuk ke kampung, kami perlu naik kenderaan special - Mercedes.


Mercedes special :)

Bergambar bersama semua ahlul rombongan di depan ladang getah wakaf


Kitorg nak try ambil air dari perigi. Ini satu-satunya sumber air penduduk kampung. Bayangkan kalau ada orang khianat, letak racun rumpai ke, virus H1N1 ke, serpihan bom atom ke.. Satu kampung terus lenyap.


Sebahagian penduduk yang menyambut ketibaan kami. Terasa macam YB masuk kampung. Rasa nak bawa balik seorang budak, buat anak angkat, bagi dia baju elok, sekolah bagus, mengaji betul-betul, jadi 'orang' dan balik negara dia, bantu orang lain pula. Boleh?

A picture tells thousand word kan? Nanti sambung lagi ek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...