Find This Blog

My Pages

Rabu, 22 September 2010

Boycott & Our Awareness

 
Petikan dari buku Beduk Diketuk oleh Tn. Hj. Pahrol Mohd Juoi:

"Boikot-boikot ni tak praktikal.." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.
"Mengapa?" tanya saya.
"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yg bekerja dgn syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dgn satu soalan.
Saya terdiam. Ada logiknya.
"Kita belum kuat. Jgn cari penyakit" tambahnya lagi.
"Kalau begitu, bagaimana kita hendak melahirkan kebencian terhadap Zionis?" kata saya.
"Perlukah kebencian dilahirkan?"
"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"
Dia pula yg diam.
"Kalau awak tidak setuju kempen boikot produk Yahudi ni.. ada cara lain?"
"Kita tak boleh buat apa-apa" ujarnya selamba.

Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dlm satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri "Mantop" satu ketika dahulu.

Kisah bagaimana ketika ketika Nabi Ibrahim a.s. dibakar oleh Raja Namrud dgn api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yg kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.

Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yg lebih besar.

"Apa gunanya air yg setitis itu?" Burung besar menyindir.

"Untuk memadamkan api yg membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim" jwb burung kecil.

"Ha..ha.. usaha yg sia-sia! Adakah api yg sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?

Jawapannya begini:

"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dgn usahaku itu api berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yg tlh aku lakukan utk memadamkan api itu.."

Mendengar jawapan burung kecil, sekalian burung yg besar terdiam.

Ya, kalau kita hanya umpama "si burung kecil" dlm usaha memerangi kekejaman Yahudi.. Siramlah walau "setitis air" utk memadamkan keganasannya.

Mungkin selepas ini kita boleh fikirkan kembali ke mana wang kita dibelanjakan. Sejujurnya saya sendiri pun masih belum dpt memboikot secara total kerana wajib membeli Nescafe (Nestle) dan Milo (Nestle) setiap bulan. Kena beralih ke kopi Kapal Api kot? Sedap ke? Hehe..

Dan utk lain-lain produk biskut, saya cadangkan biskut Azan, keluaran Sykt Azan di Kuala Pilah. Bangga I jadi waris Negeri Sembilan ni tau. Hehe.. Sodap, lomak bokrim. Dulu sewaktu kecil, selalu minum petang, makan biskut cicah Teh Cap Masjid air tangan Wan atau Atuk. Missed the moment :(

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...