Ini merupakan misi Jabatan - tempat saya bertugas, pada Eidul Adha yang lalu. Sepatutnya entri ini ditulis oleh saya pada tahun lepas tetapi kesibukan menghalang niat itu (sebenarnya malas. hehe..).
Pengembaraan kali ini sangat memberi nafas baru dalam pencarian makna hidup. Kami tiba di Cambodia @ Kemboja @ Kampuchea pada hari raya kedua. Setibanya di Phnom Penh International Airport, kami dibawa terus ke persisiran Sungai Mekong untuk menikmati makan malam di atas Mekong Cruise. Perjalanan udara selama 1 jam 45 minit tidak memenatkan meskipun telinga saya masih berdengung ! Selesai dinner, kami check-in di Golden Stadium Hotel. Saya ditempatkan sebilik dengan Diyana.
Day 2 - Kami bangun jam 4.30 pagi, terus bersiap-siap untuk ke perkampungan Melayu Champa yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu (dialek mereka seperti orang Pattani). Kampung Chroy Metrey terletak di persisiran Sungai Mekong maka pekerjaan kebanyakan lelaki di sini ialah nelayan atau peraih hasil tangkapan laut. Di kampung ini, kami beramah mesra dengan penduduk kampung serta menjalankan aktiviti korban 3 ekor lembu. Di sini juga saya dan ahli rombongan wanita sempat singgah menumpang solat jamak Zuhur + Asar di rumah Madam Azizah, seorang wanita Kemboja yang pernah tinggal di Malaysia suatu ketika dahulu untuk berniaga. Beliau juga sempat menceritakan detik-detik beliau bersama dua orang adik beradiknya yang dilarikan oleh ayah saudara beliau ke Malaysia kerana ingin lari dari kekejaman rejim Pol Pot.
Di kampung kedua iaitu Kampung Sain Chaiy, rombongan kami juga melaksanakan ibadah korban 4 ekor lembu. Suasana di kampung ini membuatkan hati saya dan ahli rombongan merasa sebak. Sekolah yang mereka dirikan sebelum ini baru sahaja terbakar. Kami melihat anak-anak kampung di situ belajar di atas tanah tanpa bumbung walaupun hanya dengan kain kanvas.
Day 3 - Selesai bersarapan, kami dibawa melawat ke Museum Tol Tom Tpoung atau lebih dikenali sebagai Pol Pot dan disebut juga sebagai Muzium Tengkorak. Asal bangunan ini merupakan sebuah sekolah Kerajaan yang diubahsuai menjadi penjara. Kesan kekejaman rejim tersebut masih jelas terpampang di penjara ini. Seriusnya saya merasa seram sejuk berada di sini. Gambar-gambar sebenar yang ditunjukkan di setiap bekas sel tahanan sangat menyayat hati. Gambar kanak-kanak yang masih suci, bersih, tulus dan mulus masih segar di ingatan saya tatkala pulang ke hotel. Bentuk seksaan yang dikenakan juga dipaparkan dalam visual yang sungguh menyayat hati. Syukur kerana tinggal di negara yang aman, merdeka dan makmur seperti Malaysia..
Pada waktu petang, kami singgah ke The Russian Market, iaitu sebuah arked lama yang masih mengekalkan ciri-ciri binaan dahulu. Fungsinya tidak ubah seperti Central Market atau Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Saya, Kak Jah, Kak Sitaton dan slh seorg penduduk Kampung Chroy Metrey menaiki Tuk Tuk - sejenis kenderaan pengangkutan awam yg 'glamer' di sana. Ibarat teksi di Malaysia.
Sebenarnya banyak lagi tempat persinggahan kami. Tak cukup kalau nak diceritakan di sini. Apapun bagi saya, pengalaman itu yang paling berharga. Kesempatan yang Allah berikan kepada saya kali ini amat saya syukuri.
Sehingga berjumpa lagi, insya Allah.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda