Ahlan ya Ramadhan Kareem..
Selamat Berpuasa semua.. Aku nak kongsikan satu formula, sempena Ramadhan ini iaitu formula untuk mencari juzuk di dalam al-Qur'an (emel yang dipanjangkan melalui yahoogroup):
Jom sama-sama kita belajar
| Al-Azhar Mosque, Cairo, Egypt |
Jom sama-sama kita belajar
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Semoga bermanfaat untuk kita. Dan semoga dipanjangkan pahala kepada siapa yang menciptanya, amin.
Selamat berpesta ibadah !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda