Find This Blog

My Pages

Ahad, 2 Oktober 2011

Hormon Oksitosin Kau Dah Kenapa Tajuk Ni Pulak

Wah.. Lama betul aku tak berblog. Ha dah tu camno la kau nk jd blogger berjaya. Tu la org buat blog, kau pun sibuk nak buat blog. Sudahnya bersawang je.

Aku nak share satu artikel tulisan Dr. Rushmini Maris Ismail, tentang hormon Oksitosin yang ada dalam setiap badan seseorang. Ada orang yang mempunyai banyak dan ada juga yang kekurangan hormon tersebut. Nak tahu sebabnya? Sebelum itu, kita baca dulu apa fungsi hormon Oksitosin tu ye:
  1. Meningkatkan keupayaan bersosial, ikatan kasih sayang dan kemesraan antara manusia. Menjadikan seseorang merasa mudah didampingi. Bukti saintifiknya; para doktor telah memberi hormon ini kepada pesakit autisme dan skizofrenia yang sering menjauhkan diri dari org lain. Jadi, mungkin doktor berharap hormon tersebut boleh meningkatkan daya bersosial mereka. Bukti sosiologinya; orang yang kekurangan hormon ini dilihat sombong, suka menyendiri, tidak suka bergaul, tidak mesra dan mungkin garang !
  2. Meningkatkan mood yang yang baik krn menjadikan seseorang mudah tersenyum bila bertemu dgn org lain.
  3. Mengurangkan rasa takut dan debaran bila bertemu dgn org lain.
  4. Membuka diameter salur darah utk memberikan lebih oksigen kpd tisu. So kita akan lebih aktif dan cerdas, mungkin?
  5. Meningkatkan daya seks dan kasih sayang di antara pasangan.
  6. Meningkatkan orgasma.
  7. Meningkatkan anabolik dgn meningkatkan IGF1 dan teosteron. Juga mengurangkan ACTH dan kortisol iaitu hormon yg meningkatkan lemak.
  8. Meningkatkan kontraksi rahim dan memudahkan proses bersalin bagi wanita.
  9. Memudahkan ibu menyusukan anak (meningkatkan keaktifan kelenjar susu).
  10. Memberi perlindungan dari kanser payu dara, ovari dan endometrium.
  11. Penting bagi meningkatkan daya seksual bagi lelaki. Jika mereka kekurangan hormon ini, mereka berkemungkinan besar seorang yang anti sosial. Betul ke? Hahaha.. Wallahu'alam.
* No. 5 hingga 9, sesuai bagi mereka yang sudah berkahwin :)

Oksitosin ialah hormon yang dikeluarkan oleh supraoptik nuclei di hypothalamus pada otak kita. Jumlah yg dikeluarkan ialah 2 IU (international unit) setiap hari. Jumlah yang dihasilkan oleh ibu yang menyusukan anak dan bersalin boleh mencecah 5 hingga 10 IU. Its proved bila kita selalu berjumpa atau mengenali ibu yang hamil dan menyusukan anak bersikap lebih penyayang atau mesra. Betul juga kan? Setiap kejadian yang dicipta Allah itu ada signifikannya dgn kehidupan manusia because He knows BEST !!!

Sampai di sini shj, isteri mithali ni nak masak utk lunch

Wassalam.

TQ for reading :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...