Sambung semula coretan kembara, setelah sekian lama. Time is precious, huh. Macam manalah I nak jadi blogger yang berjaya. Haha.
Kembara diteruskan di Ho Chi Minh City, Vietnam. Ada orang panggil Saigon City. Sebenarnya Saigon adalah nama lama bagi Ho Chi Minh. Namanya ditukar kepada Ho Chi Minh sempena nama Jeneral Ho Chi Minh yang memimpin angkatan tentera Vietnam sewaktu peperangan dengan tentera Amerika.
Setelah sampai di Ho Chi Minh, kami dibawa ke Restoran Shamsudin di Bien Dong 6 (ownernya Malaysian Chinese Muslim). Lauk kat sini memang superb. Tengoklah gambar makanan ni (sedap wo)
Dan yang paling penting, Halal. Lega rasanya sbb dah sepanjang hari perut tak jumpa nasi !.
Di bawah ini pula gambar restoran dari luar. Signage restoran mmg nampak dari tepi atau luar jalan. Rupa-rupanya kedai ni jauh ke dalam. Menapaklah kami beramai-ramai ke dalam, kemudian belok ke kiri pula. Memang design bangunan kat sini, panjang ke belakang, tapi bukaan atau kelebarannya agak sempit. Kedai sebelah tu, kedai kopi Vietnam. Nampak juga beberapa orang yang tonggang-tonggang minum 'air itu'.
Then, balik hotel - rehat - solat - tidur. Seronok betul time dapat mandi. Maklumlah, sehari tak jumpa air, selain untuk wuduk dan air minum. Indah sungguh tidur malam tu. Penat teramat penat.
Bilik kami pula bilik yang paling atas dan paling hujung (receptionist tu kata kami orang pertama yang rasmi bilik tu. Bilik baru rupanya. Patutlah bau cat sangat fresh dalam bilik). Nasib tak ada keracunan arsenik. Huh.
Inilah rupa dalam bilik kami di tingkat 6, Hotel Hoang Hia Guy. Pintu di sebelah kiri ialah pintu utama bilik dan pintu di sebelah kanan itu ialah pintu toilet.
Suasana pagi di luar hotel. Peniaga keci-kecilan menjual hasil tanaman. Simply awesome cara diorg susun barang dalam raga atau dulang. Raga ni pun tranferable anywhere. Hehe.
Day 4 - Misi hari ini ialah melawat komuniti Muslim di Masjid Jami'ul Muslimin. Sebelum itu, isi perut dulu. Inilah restoran tempat kami bersarapan. Menu pagi tu, roti canai dan nasi lemak. Memang banyak lah kalori untuk pagi tu kan. Tapi berat badan takkan bertambah sbb aktiviti padat. Confirm kena bakar kalori tu.
Seterusnya perjalanan diteruskan dengan misi beramah mesra bersama komuniti Muslim di Pusat Islam atau Masjid Jami'ul Muslimin. Sumbangan turut dihulurkan oleh persatuan kami. Terima kasih Malaysian, how generous you are. Memang sangat terharu bila ketua rombongan umumkan pelbagai bentuk sumbangan termasuk komputer, duit, buku.. Semoga sumbangan kita walau sekecil manapun akan dinilai sbg ibadah.
Masjid Jami'ul Muslimin ni memang menjadi one stop centre untuk Muslim di sekitar Ho Chi Minh. Inilah rupa masjidnya.. Yalah kan, komuniti Muslim ada lebih kurang 30,000 orang shj di seluruh Vietnam. So ke mana lagi diorang nak berjumpa, kalau bukan di masjid. Memang tiada masjid sebesar Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan spt di Malaysia. Tapi hope so itu tidak menghalang Muslim di Vietnam terus mengamalkan Islam, insya Allah.
Then, enjoy the piccas !
Destinasi seterusnya, Kedai Kopi Vietnam, Muzium Perang (War Museum) dan lunch di Halal Saigon Restaurant semula.
| The next stop - Kedai Kopi yang dikatakan glamer di kalangan pelancong asing. Gambar kopi tak ada, teko kopi pun jadilah ya. Kopi Luwak pun ada, you ! Tapi tak boleh minum, tak halal tau. War Museum - Muzium Perang ni dibina khas sempena memperingati peristiwa perang antara Vietnam vs Amerika. Gambar-gambar dalam Muzium Perang ni boleh tahan ngeri. Tak sanggup nak capture. Scary mary. Seusai lawatan yang sebiji macam rombongan sekolah, kami terus lunch di Saigon Seri Penang Restaurant semula. Tengoklah makanan ni, memang the best ever. Entah apa lah yang diorang guna dalam lauk tu. Sedap semacam. Curious tak? Hehe Selepas lunch, kami dibawa ke Chu Chi Tunnel. Terowong ini dibina sewaktu perang Vietnam - Amerika. Selama tujuh tahun perang, selama itulah diorg tinggal di bawah tanah tu. Apa yang amazingly takjub makjub ialah strategi yang dibuat oleh tentera Vietnam. Memang sangat kagum dengan setiap benda yg tentera Vietnam invent at that time. Contohnya, diorang boleh invent selipar yang dibuat dari tayar lori (of course selipar ni colour hitam kan). Bunga selipar (bentuk jari kaki)yang diorang cipta, dibuat secara songsang. Maksudnya, kalau tentera Amerika jumpa kesan tapak kaki diorang, tentera Amerika akan ingat diorang menuju ke hadapan walhal sebenanrnya diorang menuju ke belakang. Faham tak? Hehe. Bayangkan betapa canggihnya otak tentera Vietnam masa tu. Fuh, kagum gue. Desperate untuk hidup tapi still boleh berfikir secara kreatif. Demonstrasi membuat selipar dari tayar lori. Ini bukan tentera Vietnam, cuma pekerja di Chu Chi Tunnel. Dan untuk menggembirakan hati diorang, ada juga dibuat 'Happy Room' untuk diorang. Kononnya itulah bilik untuk melepaskan tension, menyanyi beramai-ramai. Ada juga yang kata Happy Room tu ialah toilet. Hehe. Apapun, bangsa Vietnam bukan sebarangan bangsa. Mereka dah tinggalkan 'sesuatu' untuk generasi akan datang. bukan hanya survive untuk hidup sahaja tetapi strategi, kaedah dan teknik (err... sama je maksudnya kan) peperangan pun diorang tinggalkan. Diorang masak menggunakan dapur yang dibina dengan saluran asap (tiub) dan dipesong jauh dari dapur diorang. So tentera Amerika tak akan tahu ada orang di bawah tanah tu. Jalan membongkok macam rukuk dalam solat then keluar dari terowong (pintu keluar pertama) berjarak 50 meter. Sempit, gelap, berbau hamis. Tak larat nak berjalan sampai pintu keluar sejauh 1 km lagi. Bayangkan macammana diorang boleh hidup dalam tu selama 7 tahun? Fuhh.. Untuk agenda malam, kami ke Masjid An-Nur, sebuah lagi pusat komuniti Muslim di sini. Special tau sbb student pondok di sini tolong masakkan dinner untuk kami. Hehe. Jangan salah faham tau.. Duit untuk sediakan bahan masak adlh hasil sumbangan dari kami, ahlul rombongan semua. Tolong hulur dan makan je. Hehe. Tahun depan, nak datang tolong masak pula. Suasana di dapur Masjid An-Nur Day 5 - Today is the last day ! Yehuu. Misi untuk hari ialah "pelaburan" atau "melontar" duit kpd peniaga-peniaga. Kami dibawa ke Central Market dan Binh Tay Market. Memang murah sangat-sangat-sangat. Lagi-lagi kain cotton. Orang Malaysia yang jual online tu confirm ada yg dtg borong di sini sbb teramatlah murah. Nasiblah saya bukan shopaholic. Kalau tak, memang hangus duit yang tak berapa banyak ni. Hehe.. Antara hasil tangkapan di Central Market. From left: Adik punya, Kakak Ipar punya dan saya punya. Sebelum menuju ke airport, kami singgah untuk lunch di Halal Saigon Restaurant. Makanan kat sini pun memang superb. Kuih comel ala-ala Cream Puff. Sedop ! Last but not least, saya menganggap ini adalah kembara yang sangat menyeronokkan. Alhamdulillah misi kembara telah tercapai dan untuk tahun hadapan, boleh diperhalusi semula mana-mana part yang ada kekurangan (bunyi macam nak pergi lagi je). |
Bukti saya adalah rakyat Malaysia yang sah dan menaiki penerbangan yang sah :)
Spot the staffwardesses yang menutup 'aurat', Vietnam Airlines. Pakaian diorang tak se'ketat' kebaya pramugari MAS, kan?
Berkelah di Vietnam International Airport, sementara tunggu boarding. Nasi bungkus aje. Sob, sob.
I'm home, Alhamdulillah !
Finally touched down at LCCT, Sepang with a full bucket of rindu-rinduan to En Suami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda