Saya mendapat tahu tentang 'Dia' dari suami saya. Suami saya berkesempatan bekerja bersama 'Dia' ketika Minggu Ta'aruf di UIA suatu ketika dahulu. 'Dia' telah dijemput Ilahi dalam sebuah kemalangan sewaktu pulang bercuti ke Malaysia awal tahun ini.
Saya sedih, meskipun saya tidak mengenali beliau. Saya sebak setiap kali membaca post-post terakhir beliau tentang situasi negara Pakistan yang huru-hara di sini sebelum pergi bertemu Ilahi (Beliau bertugas di Kedutaan Malaysia, Pakistan). Saya kira isterinya yang digelar 'mawar' dalam blog 'Dia' adalah sangat tabah. Kebelakangan ini, saya kerap membaca post 'mawar' di sini meskipun saya bukan kawan sekolah atau kawan sekuliah beliau. Saya doakan 'mawar' dan anak-anaknya tabah. Dan saya pasti 'Dia' itu sangat istimewa di mata sesiapa sahaja.
Sedih bila baca blog arwah walaupun x kenal..
BalasPadama'ah, mmg sedih.. apapun kita doakan rohnya tenang di sana, amin.
BalasPadam