Find This Blog

My Pages

Rabu, 19 Oktober 2011

Tips-tips Interview !

Aku nak share suatu coretan; sewaktu bertugas sebagai panel penemuduga satu jawatan awam persekutuan ketika di Kota Kinabalu dan Putrajaya dahulu.

Situasi #1
Panel: Sila simulasikan satu kaedah pengajaran dalam kelas bagi seorang guru *****
Calon: Aduh... Sakitnya perut cikgu.. Cikgu nak berak ni. Murid-murid, apakah benda yang kita gunakan untuk bersuci?. Ok, pandai anak-anak murid cikgu. Air mutlak ialah jawapannya.

Kesimpulan: Oh jujurnya calon ni.. Tolonglah jangan mention "berak" dalam suasana formal. Sila gantikan dengan "membuang air besar" atau "qadak hajat". Jangan buat panel tergelak dalam hati ok.
Situasi #2
Panel: Saya terbaca laporan dari pentadbir jabatan awak sebelum ni, katanya awak seorang yang bermasalah. Ada komen?
Calon: Sebenarnya pentadbir tu yang bermasalah. Dia yang susah nak dibawa berbincang. Ada ke patut dia buat laporan palsu pasal saya kepada jabatan daerah. Saya memang tidak berpuas hati dengan dia.

Kesimpulan: Sekiranya pentadbir itu memang bermasalah, beliau tidak akan menyatakan dalam laporan sebagai seorang yang dirujuk kerana itu akan melibatkan integriti dan reputasi beliau juga. Sebaliknya calon perlu 'merendah hati' mengaku bahawa kesilapan itu mungkin berpunca dari kedua-dua pihak (masalah komunikasi) dan mengaku tidak akan mengulanginya.

Dalam kes ini, calon berkemungkinan besar tidak akan dilantik sebagai penjawat awam kerana dilihat tidak boleh bekerja dalam satu pasukan atau tidak mendengar arahan ketua. Calon ini juga bercakap dalam nada yang kedengaran angkuh. Dan calon ini memang tidak ditawarkan jawatan tersebut.

Situasi #3
Panel: Puan sudah memiliki kelayakan ini sejak tahun 1993. Kenapa agaknya sekarang baru mohon jawatan ini?
Calon: Sebenarnya saya sangat berminat dengan jawatan ini tapi sejak berkahwin, saya terpaksa lupakan hasrat saya. Kemudian saya berpindah mengikut suami ke sana sini dan sekarang baru saya ada peluang untuk memohon semula.

Kesimpulan: Calon ini sudah mempunyai 7 orang anak. Calon ini memang sangat layak dan sesuai untuk dilantik berdasarkan pengalaman sebelum ini. Tetapi, adakah dia akan sanggup berhijrah ke daerah tertentu untuk memulakan hidup baru? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Dan saya dimaklumkan calon ini memang telah menolak jawatan yang ditawarkan.

*****

Itulah antara situasi calon yang pernah aku hadapi. Sebahagiannya sangat bagus namun ada juga yang kelihatan seperti berpura-pura.

Ada juga yang terlalu takut sehinggakan langsung tidak memandang mata panel penemuduga (alahai aku ni bukan spesies karnivor pun. Ye la, aku paham korang nervous. Aku pun lalui semua tu tapi aku memang suka selambakan diri bercakap macam sembang dengan opah kau je dengan interviewer haha) 

Tidak kurang juga yang kelihatan biasa sahaja tetapi sangat bagus dalam 'mempersembahkan diri' masing-masing. Its all about how you represent yourself in the behave way.

Jadi, sentiasalah dalam keadaan tenang dan natural sahaja kerana panel penemuduga pun manusia biasa juga. Kalau aku ni cantik sangat sampai korang tak berkelip-kelip mata, baru lah aku faham kenapa semua calon yang aku interview nervous semacam kan.

Wassalam.

TQ for reading :)

2 ulasan:

  1. salam hedaya
    sekarang penemu duga di PJ eh?
    dlu waktu dtemuduga pon gambra giler, padahal jawatan, ins Allah kompem.haha

    kte dlu schoolmate mana ya?sori, sy kan nomad...

    BalasPadam
  2. Salam puding karamel :)

    hehe.. itu kerja tambahan, bila diarah bos, sy mmg kena wakil jabatan.

    a'ah, jawatan mcm awk mmg takyah risau sbb dah konpem, lagi2 budak bijak kan :)

    ehem.. schoolmate kt kg **** KL. kelas aliran jgk tapi bkn sekelas. pastu kalau x silap, awk pindah ke sekolah al-****

    tak sangka jumpa di alam maya ni :)

    BalasPadam

Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...