Seusai agihan daging korban dan sumbangan di Kampongcham, malam itu kami ke CMIA International School. Agenda seterusnya, penyampaian sumbangan dari rakyat Malaysia dan juga dinner. Lapor kedaung dah perut ni sejak otw dari Kampongcham.
Day 3
Bangun tidur, bertolak ke Tol Thom Tpoung Museum atau lebih dikenali sbg Pol Pot. Rejim ini tlh menindas rakyatnya dan mengenakan pelbagai jenis seksaan. Thn lepas, saya sudah menjelajah dlm muzium ini. So thn ni, saya memang tak berniat nak masuk ke dlm. Sebab? Saya ngeri. Terbayang lg gambar orang yg diseksa. Paling terkesan di hati, gambar seorang ibu yg sedang menyusukan anak, ditebuk kepalanya dari belakang. Ibu itu sedang duduk di atas kerusi dan dibenar utk menyusukan anak tetapi tidak dibenarkan menangis. Saya masih teringat wajah ibu tersebut. Oleh krn tahun ini saya menyertai rombongan sbg urusetia, saya hanya menunggu di luar.
Kebetulan di ruangan luar muzium, saya dan Diyana berkesempatan mengambil gambar bersama Bou Meng, bekas tahanan Pol Pot yg masih hidup sehingga hari ini. Isterinya tlh dibunuh beramai-ramai di Killing Field. Bou Meng tidak dibunuh kerana diupah oleh Pol Pot utk melukis ilustrasi wajah tahanan. Maka dia bernasib baik, masih hidup pada hari ini dan menulis sebuah buku yg menceritakan pengalamannya hidup di bawah rejim kejam Pol Pot.
Diyana, Bou Meng and I
Kemudian, kami menuju ke Phnom Penh Central Market. Tak ada selera nk shopping, melainkan membeli dua kain pasang yg dikirim mama dan adik saya.
Selesai urusan di Central Market, kami terus bertolak ke Ho Chi Minh, Vietnam. Waktu di sana ketika itu lebih kurang jam 5.30 petang.
Perjalanan selama 5 jam dari Phnom Penh menuju ke Ho Chi Minh sgt menyeronokkan, walaupun superb penat plus kematu duduk dlm bas. Ada la dalam 3 round tidur. Jaga, tidur, jaga balik, tidur balik. Tidur sbb dh mlm, tak nampak apa kt luar bas. Teringat pula kt seseorang di M'sia.
Bas kami naik feri utk menyeberang Sg Mekong di utara, sblm sampai ke pintu sempadan Cambodia - Vietnam. Nampak juga daerah di Cambodia yg dilanda banjir. Teruk juga sawah org kampung ditenggelami air.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda