Find This Blog

My Pages

Khamis, 17 November 2011

Di Daerah Itu - Part 1

7 - 11 Nov 2011, bermula satu misi qurban dan kasih ke Cambodia dan Vietnam. Ada satu perkara yg dikira mcm pecah rekod spjg saya di kedua-dua negara ni - langsung tak menggosok baju ! Pakai je apa yg ada. Haha..

Day 1 -
Depart from LCCT to Phnom Penh Int. Airport. Ini tahun kedua saya mendarat di sini dgn telinga berdengung. Jadi lah 'pekak badak yg comel' telinga sebelah kiri selama 5 hari. Hah, baru tahu betapa berharganya nikmat pendengaran yg Allah bagi selama ni.

Sampai sahaja di Phnom Penh, saya dan ahlul rombongan yg lain terus ke Mekong's Cruise, menikmati dinner. Guess what, Cambodia's Minister of Religion Affairs juga menyertai dinner sambil berborak ok. Bukan bermesyuarat tapi berborak. Selepas dinner, ada mesyuarat di Golden Stadium Hotel. Finally, baru boleh check in bilik ! Mandi, kemas beg dan tidurrrr.


Lelaki berkot itulah yg dimaksudkan Menteri Hubungan Antara Agama Cambodia. Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya, amin.

Day 2 -
Bersiap-siap dan tunggu di lobi jam 6.30 pagi waktu Cambodia. Hari ini misi akan menuju ke Kampongcham, daerah paling jauh dari Phnom Penh. Hampir 4 jam perjalanan pergi. Bermakna hampir separuh hari untuk pergi dan balik ke Kampongcham. Di daerah ini, dikatakan hampir keseluruhan penduduknya adalah Melayu Champa dan beragama Islam. Salute dgn jati diri mereka sbg muslim yg seperti masih belum tercemar dgn dakyah dan budaya asing. Tidak kelihatan pengaruh hedonisme di daerah ini, selain dari papan tanda menunjukkan masjid atau sekolah agama sahaja. Masakan tidak, bekalan elektrik pun tiada di hampir setiap kampung dalam daerah ini.

 Semua jenis jalan kami perlu tempuhi. Jambatan, denai, jalan bandar, jalan kampung dll.

 Singgah minum air kelapa hasil tanaman komuniti Melayu Champa.

Masih ada manusia berumah di atas sungai. Selesa? Tentu tidak. Ya benar rezeki Allah itu ada di mana-mana dan yg paling penting, usaha !

Pejabat di sekolah agama kampung ini. Sebak. Masih menggunakan papan hitam, kapur tulis, tiada sebarang ABM yg canggih-manggih.


Pulang dari kampung pertama, kami ke Kg Banggro, tempat terdapat ladang getah wakaf yg diusahakan oleh penduduk kampung. Utk masuk ke kampung, kami perlu naik kenderaan special - Mercedes.


Mercedes special :)

Bergambar bersama semua ahlul rombongan di depan ladang getah wakaf


Kitorg nak try ambil air dari perigi. Ini satu-satunya sumber air penduduk kampung. Bayangkan kalau ada orang khianat, letak racun rumpai ke, virus H1N1 ke, serpihan bom atom ke.. Satu kampung terus lenyap.


Sebahagian penduduk yang menyambut ketibaan kami. Terasa macam YB masuk kampung. Rasa nak bawa balik seorang budak, buat anak angkat, bagi dia baju elok, sekolah bagus, mengaji betul-betul, jadi 'orang' dan balik negara dia, bantu orang lain pula. Boleh?

A picture tells thousand word kan? Nanti sambung lagi ek.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...