Find This Blog

My Pages

Selasa, 10 Julai 2012

A Tribute to Along (18 Ogos 1979 - 8 Julai 2012)

Ahad 8 Julai 2012, jam 8.45 mlm.

Aku dapat phone call yang membuatkan dada menjadi sesak seketika. Bukan seketika tetapi beberapa ketika. Nana memberitahu yang Along telah pergi buat selama-lamanya. Mata terus berkaca-kaca, air mata terus meleleh dan aku menangis. Menangis sepuas-puasnya. (Yes, korang bayangkan je la betapa horrible sangat aku nangis dengan rasa sendu di hujung tangis).. Walau dia bukan Along kandung, dia dah macam kakak kandung sendiri.

Hari Khamis, 6 Julai 2012, dia ada call aku. Mengadu yang dia sakit. Sakit apa, aku tak sure sebab dia nak sembang dgn mama aku. Dia cuma beritahu yang dia mahu berehat di kampung, sudah berhenti kerja.

Along.. atau nama sebenarnya Siti Zuraifah binti Othman. Dia antara insan yang sentiasa ada di belakang aku. Melawat aku ketika sakit, menghantar aku ke airport sewaktu aku ke obersi sambung study, masakkan lauk sekiranya aku mengadu lapar. Dia juga tidur, mandi di rumah aku. Pendek kata, dia ni peminat aku merangkap a very good friend aku. Antara hadiah dari dia yang paling aku ingat, sebiji pasu bunga Avon yang cantik. Diberi sewaktu aku kemas beg sebelum bertolak ke airport pada tahun 2004. Dan aku masih simpan sehingga sekarang.

Kalau Along tidak cukup duit tambang utk ke tempat kerja, aku atau mama tidak berkira utk menghulurkan sebarang RM5 atau RM10. Jika dia pulang dari kerja, kebiasaannya dia akan singgah dahulu rumah kami, malah makan malam dengan kitorang. Along tidak pernah ambil hati jika kami adik beradik bergurau kasar, malah kadang-kadang seperti membuli dia. Along memang tak pernah ambil hati, tak pernah marah. Hampir semua kawan-kawan aku yang pernah datang ke rumah, mengenali Along. Dia kadangkala lebih ramah dari aku melayan tetamu yang datang ke rumah kami. Along banyak membantu sepanjang menguruskan majlis perkahwinan aku. Walaupun Along tidak membantu dari segi wang ringgit, dia selalu ikut aku ke sana sini, membeli barang dsbnya. Dia tidak lokek menghulurkan bantuan. Dia hadir lewat ketika upacara pernikahan aku sebab dia kerja, tapi dia tetap hadir juga.
Along makan bersama adiknya, Siti Zurina & suami. Menyesal tak ajak Along duduk di meja beradap, jika aku tau ni antara saat-saat terakhir dia bersama..

Sejak tahun 2010 atau lebih tepat sejak aku kahwin, kami makin renggang. Mana taknya, aku berpindah ke Shah Alam mengikut suami. Tetapi Along tidak pernah lupakan aku. Dia sentiasa call, menghantar sms atau komen di wall facebook aku. Dia sentiasa mengikuti perkembangan aku. Aku makin tembam, makin gemuk, makin berisi, semuanya dikomen Along. Komen terakhir dari dia pada gambar aku dengan MOH time kt Sibu.
Ifah Siti izhar pun pergi..mesti seronok kan...wei ct aku dah nmpak lah perut ko tuer bertambah naik lah..badan ko tuer pun dah berisi lah.. May 27 at 9:15pm · · 1

Semuanya kerana Along sangat penyayang. Malah dia juga panggil mak aku dgn panggilan "mama". Pernah satu ketika aku dari Shah Alam ke Cheras, terlihat Along menunggu teksi di hentian berhadapan HUKM. Lalu aku tumpangkan Along, dan bawa dia makan di KFC. Seronok sungguh Along ketika itu, sebab dapat merasa aku belanja. Dia juga tidak kedekut, memberi duit belanja sekolah kepada Aiman. Dia juga sayangkan kami sekeluarga. Pulang dari Kemboja, aku bagi dia pouch utk simpan handphone. Dia sangat hargai setiap pemberian aku. Kalau aku reply sms atau call dia, bertambah seronok dia. Hakikatnya, Along memang seorang yang sangat menghargai orang lain.

Along.. Sungguh tak kusangka panggilan telefon 6 Julai 2012 adalah panggilan yang terakhir dari engkau. Kali terakhir juga aku mendengar suara engkau. Tak sangka engkau yang pergi dulu meninggalkanku. Mudah sungguh Allah menjemput engkau.. Untungnya engkau, Allah dah permudahkan jalan untuk engkau, sudah pun bergelar hajjah dalam usia muda. Sungguh engkau beruntung, meninggalkan kami dalam keadaan yang sudah pasti. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosamu, menjauhkanmu dari azab siksa kubur, melapangkan kubur buatmu, memudahkan urusanmu di alam barzakh. Aku puas kerana dapat menatap wajahmu buat kali terakhir, mengucup dahimu. Pucatnya wajahmu ketika itu, tetapi bersih, sebersih-bersihnya. Kami tetap dan pasti akan menyusulimu.. Semoga kita dapat bertemu lagi di sana, amin.
Al-Fatihah untuk Along - Siti Zuraifah Othman yang telah menemui cintanya, Allah yang hakiki pada tanggal 8 Julai 2012 di Kg Sg Batu, Batu 1, Pedas Tengah, Rembau, N9.

Al-Fatihah

TQ for reading :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...