Seorang kawan cum opismate aku yang falsafahnya tahap diploma lanjutan pernah berkata:
"Makin tinggi jawatan, makin sunyi, makin tak ada kawan"
"Makin banyak umur kita, makin ramai sahabat mengundur diri"
Apa obatnya wahai hati?
Apakah kerana masih ada ruang atau sudut di dalam hati belum bertawakkal sepenuhnya kepada Allah?
Apakah kerana terlalu mengejar dan mengingati dunia, terlalu mementingkan 'apa orang nilai' daripada 'apa Allah nilai'?
*Istighfar
Sunyikah aku? Khalikah aku? Lonelykah aku?
Hakikatnya, jasad aku tidak pernah sunyi dari insan-insan yang aku sayangi tetapi hati aku?
Adakah aku sudah merasakan sepertimana hadith Rasulullah s.a.w iaitu "Dunia adlh penjara bg org yg beriman dan syurga bg org kafir"?
Sedihnya, aku tidak boleh memberi markah penuh pd diri sendiri sbg org yg beriman
Jadi, ingatlah Allah setiap masa, waktu dan ketika (walaupun org kata ni sama)
Sepertimana firmanNya dalam al-A'raf (7:205):
"Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dlm hatimu, dgn merendah diri serta perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dgn itu tidak pula menyaringkan suara, pd waktu pagi dan petang. Dan jgnlah engkau menjadi dari org-org yang lalai"
But when you say.. "I feel alone"
Allah tells you.. "Never I will leave you, never will I forsake you"
Semoga Allah menyuluh jalan..
Allah tells you.. "Never I will leave you, never will I forsake you"
Semoga Allah menyuluh jalan..
***Sila baca dgn mode tenang. Serius aku sangat merindui suasana usrah, halaqah ketika di sana, suatu masa dahulu. Aku terjiwang time tulis entry ni sbb mmg tgh layan rindu.
TQ for reading :)
TQ for reading :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda