Find This Blog

My Pages

Ahad, 18 Mac 2012

Tadabbur Alami

Oh lamanya tak menulis.. Syok juga hibernate lama-lama then kumpul cerita. Sudahnya tiap kali entri, panjang berjela. Nak baca pun malas. Hehe..

Well, tak ada la cerita best within 2 months, kecuali kembara ke Bandung. Terapi jiwa la katakan.. Kena la berjalan, melihat alam, keadaan orang di tempat lain, mentadabbur, bermuhasabah.. 

Perkara yg paling menarik di Bandung, aku dan MOH sewa motor untuk ke satu-satu tempat. Aku lebih gemar datang ke tempat orang, bkn sbg pelancong terhormat, tetapi sbg tetamu Allah yang harus melihat alam dan mengambil iktibarmya ecehh cewahh (terpulang pd citarasa setiap org). Moga dgn setiap kembara, menjadi antara sebab kita perlu sangat bersyukur dgn nikmat sedia ada, kita menjadi hamba yang taat, hanya kpdNya, insya Allah.

 So.. gambar-gambar je yang ada.. 



Tempat tidur utk 3 malam. Sangat aman damai lagi mendamaikan. Cottage House ni terletak dlm Kompleks Pondok Pesantren (Ponpes) Dauttauhid.Untuk details, boleh tengok kat sini. Alhamdulillah, menginap di sini sangat memberi nuansa damai. Setiap pagi dapat dengar tazkirah Subuh, lihat pelajar-pelajar pondok bersenam atau berjalan ke kelas dan bersembang dengan pekerja-pekerja yang sangat sopan. Sempat join senam robik masa hari kelima di Bandung :) Strongly recommend this place utk siapa yg mahukan kedamaian.


Day 2 - Pokok-pokok ni sangat banyak otw naik ke Tangkuban Parahu. Subhanallah, sangat cantik. Feel macam kat somewhere west je. Hukhuk. Either pokok ni dulu pernah hancur serentak masa tragedi letusan Gunung Tangkuban atau memang ditanam serentak oleh pihak K'jaan Indonesia. That's why semua pokok ni lebih kurang sama shj tingginya. Cantik kan? Jawab je lah cantik ambil hati aku


So.. inilah Kawah Ratu. The biggest one in Gunung Tangkuban Parahu. Kawah ni dah tak aktif. Cuma ada wap sulfur je. Di sekeliling kawasan ni, ramai penjaja yang akan follow kita untuk beli barang diorg. Bunyi macam scary, tp jangan lari pulak. Kalau nak beli, beli la. Jika tak nak, senyum pada dia dan kata lain kali shj. Haaa gitu pemurah senyuman jadinya


Ini pula Kawah Domas. Jarak dari Kawah Ratu tu boleh tahan jauh. Ada 2 choice utk ke sini. Pertama, turun anak tangga batu dan menguji kekebalan tumit+tapak kaki (aku mmg teringat masa turun dari Gunung Sinai / Jabal Musa di Mesir dulu dan terfikir macamana Nabi Musa survive utk naik berjumpa Allah..)   
Kedua, turun dalam 5 minit dengan kenderaan ke pintu masuk Kawah Domas yang terletak di bawah bukit. Dari pintu masuk ni, cuma berjalan dalam 15 minit di atas lantai hutan yang rata. Subhanallah..
Korang nampak dua manusia berbaju purple sedang menikmati lumpur Kawah Ratu dengan harapan boleh menanggalkan jeragat bulu yang tidak dikehendaki plus licin gebu gitu


Turun dari Tangkuban Parahu, kitorang ke Nextage Tea Garden Resort, Cicadas. MOH book tempat ni utk semalam je. Nak tau details, tengok kat sini. Paling best, ada Tatami tu.. Mula la MOH teringat aktiviti Aikidonya.. Hello perut u dah ada spare tyre. Kena masuk gym balik okey. Di sini juga kitorang dapat kedamaian bila naik motor masuk kampung, melewati air terjun, anak sungai, ladang teh..  superb tadabbur!


Subhanallah, Allahu Akbar.

Sebelum fly balik Malaysia, of course kitorang singgah ke Pekan Baru atau Pasar Baru, ala2 GM Klang atau Kenanga Wholesale City cuma yg kagumnya memang banyak produk Indonesian plus produk China la tu yang buat aku rasa pepatah Takkan Cina Hilang Di Dunia pun sesuai haha.

TQ for reading :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...