Adik Saiful Syazani, 7 tahun. Adik pergi berjumpa Ilahi tatkala umur masih mentah. Umur yang disuruh oleh Rasulullah untuk mula mengerjakan solat. Tersentak kakak apabila mendengar dan membaca berita semalam dan kelmarin.. Akhirnya adik pergi jua.. Kakak menangis dalam hati ni.. Kakak teringat adik bongsu kakak, Aiman namanya. Bagaimanalah dia jika dia berada di tempat adik..ya Allah..
Tanggapan awal kakak: "Tergamak guru adik membelasah, memukul dan menendang sehingga adik koma? Siapa guru bermasalah itu? Adakah dia tidak berperikemanusiaan? Adakah dia tidak pernah mempunyai adik atau anak atau saudara lelaki sebaya adik? Adakah dia yang adik panggil ustaz itu sangat bencikan adik? Astaghfirullah.. Adik.. betapa sakitnya adik ketika dipukul.. Adik menjerit-jerit tetapi ustaz terus memukul adik bertubi-tubi..hanya kerana tuduhan mencuri yang masih belum dibuktikan benar.." Ini adlh berita yang kakak dengar dari media massa negara. Tapi kakak juga ingin mengetahui apa kisah sebenar di sebalik kematian adik. Mungkin kakak kurang yakin dengan etika dan integriti golongan bergelar wartawan di media-media perdana. Justeru, kakak cari maklumat alternatif sehinggalah kakak terbaca kisah sebenar kematian adik di http://darisungaiderhaka.blogspot.com/
Adik Saiful, semoga tenang roh adik di sana. Adik dilahirkan dalam keadaan fitrah suci dan bersih..begitu jua ketika adik dipanggil mengadapNya.. Semoga Allah memberi kesabaran kepada ibu dan keluarga angkat adik. Semoga pihak pengurusan Sekolah Islam al-Furqan dapat berbuat sesuatu, supaya tiada adik yang lain menjadi seperti adik Saiful. Apapun, anak-anak adalah generasi akan datang. Didiklah mereka sepertimana yang disaran Rasulullah s.a.w. Dengan penuh kasih sayang, bil hikmah. Bukan dengan tangan atau kebencian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda