Hari ini adalah hari terakhir dalam minggu ini. Juga hari terakhir saya dapat mendengar Dato' KP berucap. Ucapan terakhir yang sangat mendalam dan menyentuh hati. Dato' akan bersara wajib pada 23 April ini. Sedih. Saya antara salah seorang anak buah yang mengagumi Dato' kerana kepetahan bercakap, ketertiban tindak tanduk dan cermatnya beliau dalam membuat keputusan.
Dato' membangkitkan semangat ukhuwwah semua warga J---- dan agensi di bawahnya. Semangat ukhuwwah = asabiyyah yang membawa maksud kecemerlangan. Bukan asabiyyah yang bermaksud berpuak-puak. Banyak buah fikiran yang Dato' kongsi bersama kami selama ini. Saya suka hadir ke mesyuarat atau pertemuan yang dipengerusikan oleh Dato'. Banyak perkara baru yang saya belajar daripadanya, terutama sekali sewaktu memerhatikan Dato' begitu tertib dalam kata-kata atau keputusan yang diambil. Teringat saya akan kata-kata Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki sewaktu menceritakan fadhail Imam Ahmad ibn Hanbal >> Jumlah murid Imam Ahmad tidak kurang dari 5,000 orang yang hadir dalam satu-satu majlis ilmu. 500 orang yang hadir akan mencatat ilmu yang dicurahkannya. Manakala 4,500 orang lagi mengkaji ahwal Imam Ahmad. Mereka memerhati cara Imam Ahmad duduk, bercakap, batuk, berdiri, makan dsbnya << Ini juga ilmu, bukan?
Antara isu yang Dato' mahu kami terus perjuangkan ialah:
- Gaji Pegawai yang bertugas di Badan Berkanun eg. Majlis-majlis Daerah, PBT dibayar oleh Kerajaan. Mengapa Pegawai yang berkhidmat di Majlis Agama Islam Negeri etc Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dibayar oleh Agihan Wang Zakat? (di bawah label asnaf atau kategori tertentu). Apakah Majlis Agama Islam Negeri tidak diiktiraf setanding dengan agensi Badan Berkanun yang lain?
- Bayaran bil-bil utiliti di agensi di bawah Kementerian atau Jabatan lain eg. Sekolah Kebangsaan, Tadika Kemas, Dewan Orang Ramai ditanggung oleh Kerajaan. Mengapa bil-bil utiliti di Masjid-masjid, surau-surau dan sekolah-sekolah agama di bawah J---- ditanggung oleh pungutan wang awam atau duit rakyat?
Lontaran idea ini memang menarik. Saya menyokong sepenuhnya. Tiba masa untuk mengenengahkannya semula. Mungkin ramai yang menganggap isu pengurusan hal ehwal Islam ini remeh atau semuanya harus fisabilillah. Jika Malaysia benar-benar negara Islam yang majoritinya ialah Melayu-Islam, sama-samalah menyokong usaha warga J---- merealisasikan perjuangan Islam. Apa caranya? Biarlah walau ia perlu melalui beratus-ratus kali mesyuarat pun.
:: Think and Act ::
:: Think and Act ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda