Find This Blog

My Pages

Selasa, 12 April 2011

Tuesdays with Morrie

Tuesdays with Morrie
Penulis: Mitch Albom
Penerbit: PTS Litera Utama
Harga: RM 16.50

Pagi tadi selesai sudah bacaan sebuah novel yang dibelek sejak Sabtu 9 April lalu. Tuesdays with Morrie merupakan sebuah novel terjemahan hasil karya Mitch Albom. Edisi asal dalam Bahasa Inggeris pernah diterbitkan oleh Doubleday - Bantam Doubleday Publishing Group, Inc. 1540 Broadway, New York 10036.

Novel ini mengisahkan pengalaman peribadi Mitch Albom yang mempelajari sesuatu dari pertemuan demi pertemuan pada hari Selasa dengan bekas pensyarahnya sewaktu di Universiti Brandeis, Massachusetss. Prof Dr Morrie Schwartz yang mengidap penyakit ALS (seperti yang dialami oleh Stephen King; pengasas teori Big Bang) merupakan seorang yang sangat bermotivasi tinggi dan banyak mempengaruhi pemikiran Mitch Albom. Setiap pengajaran yang disampaikan oleh Prof Morrie dalam cerita kehidupannya sangat menyentuh jiwa dan kasih sayang sesama manusia sangat beliau tekankan.

Kisah hidup Prof Morrie sangat relatif dan menarik untuk dikongsikan di mana ia signifikan dalam membentuk pola pemikirannya, meskipun beliau dididik sebagai seorang Yahudi. Penekanan terhadap hubungan baik sesama manusia telah ditunjukkan oleh Prof Morrie dalam semua cerita-ceritanya kepada Mitch Albom.

Kesakitan yang dialami oleh Prof Morrie tidak dirungut malah ia menjadikannya sebagai seorang yang tabah, malahan semakin terkenal sejak beliau diwawancara oleh sebuah stesen televisyen tempatan. Namun sebagai seorang murid kepada Prof Morrie, Mitch Albom adalah antara orang yang paling rapat dan dekat dengan beliau kerana Prof Morrie menghargai beliau seperti anaknya sendiri. Akhirnya kematian Prof Morrie disedari oleh Mitch Albom - kebetulan jatuh pada hari selasa juga.

Aku bagi empat belas setengah juta bintang kepada buku ini.

TQ for reading :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...