Find This Blog

My Pages

Isnin, 11 April 2011

Our 1st Year

9th April 2011.

Tarikh itu memang patut aku ingat. Selain dari tarikh memperingati ulang tahun perjuangan kemerdekaan Palestin (9 April 1948 - kini), ia juga salah satu tarikh terpenting. Sudah setahun aku menjadi isteri kepada MOH. Alhamdulillah, kami masih lagi mengharapkan anak sebagai penyubur kasih sayang dalam perkahwinan ini.

Walaupun pada awal perkahwinan, aku rasa complicated nak adapt suasana baru dan ahli family baru, paling susah untuk hafal macam hafal sifir tu semua nama sepupu dan saudara-mara sebelah MOH, tetapi Alhamdulillah masa mengajar erti bersabar dalam perhubungan sesama manusia. Aku tidak hairan jika masih ada yang kurang menyenangi sbb aku memang tak akan sempurna di mata manusia cewah feeling sastera pulak.

Dan pada hari ini, aku harus berterima kasih kepada ramai orang yang sentiasa hadir di belakang aku (bukan hantu jangan pandang belakang), iaitu mama, abah, mak, abah, kedua-dua ahli keluarga aku & MOH serta kawan-kawan yang memahami. Mama antara orang yang paling banyak menyokong sbb mama aku selalu dengar aku bebel, jerit, meracau, menangis, meroyan gelak dsbnya.

Dan untuk insan paling istimewa di hati saya ketika ini eh apasal macam akan ada orang lain haha, MOH tetap di hatiku.

Semoga kebaikan yang diberi oleh orang lain kepada aku, akan menjadi pahala bagi mereka dan semoga aku dapat share bersama orang lain.

Bought by MOH on 9th April 2011



TQ for reading :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya lebih gembira jika anda memperkenalkan diri anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...